DSC_3249

Selama ni, ingatkan bubur Asyura ni sama di setiap negeri. Rupanya lain lain. Untuk yang diluar Kedah yang berminat nak cuba boleh la cuba resepi ni. Rupa dan texture macam kuih bingka sebab menggunakan tepung beras, tetapi sekiranya masih panas, macam bubur kacang yang pekat dan ada bahan sampingan yang dipelbagaikan dari kacang merah, kacang tanah, jagung, pisang, Kacang Kuda,  keledek merah,  putih atau unggu, nangka, cempedak dan yang paling best adalah isi durian.

DSC_3243

 DSC_3219 

Bubur Asyura Kedah

Bahan-bahanya :
4 cawan tepung beras
1 1/2 cawan kacang hijau - direbus sehingga lembut. Tapis dan simpan air.
3 kotak santan (boleh pakai santan segar lagi sedap)
gula pasir ikut manis - saya guna 2 1/2 cawan untuk kurang manis
gula merah - tak pakai, kalau pakai warna akan gelap sikit
1 tin jagung dalam tin (boleh juga pakai jagung fresh)
4 biji pisang berangan / pisang emas
2 biji keledek rebus, potong dadu
Daun Pandan

Cara cara :
Pictures

1. Campurkan santan  dalam satu bekas bersama air rebusan kacang hijau dan air masak dengan santan tadi. Jadikan campuran semuanya kira kira 10 cawan  cecair. Masukkan sedikit garam dalam campuran tadi dan kacau rata. Masukkan tepung beras dan gula. Kacau sehingga gula larut. Masa ni boleh rasa tahap kemanisan yang kita nak. 

2. Masukkan bancuhan tadi ke dalam periuk atau kuali. Masukkan simpulan daun pandan. Buka api perlahan dan kacau sehingga bancuhan hampir mendidih. Masukkan keledek, kemudian masukkan kacang hijau rebus, jagung, pisang dan kacau berterusan sehingga pekat. Boleh tambah air jika rasa adunan terlalu pekat, berketul dan susah nak kacau. Saya ada tambah air sebanyak 2 cawan sebab macam pekat sgt.

3. Bila tepung dah nampak berkilat dan nampak cantik kepekatan, barulan boleh diangkat dan dimasukkan kedalam talam atau bekas. Biarkan sejuk dan mengeras sebelum dipotong.