Ketupat Palas Dan Serunding Ikan

Hi dah breakfast ke? Sebenarnya ni gambar lama. tapi teringin nak makan ketupat daun lapas dengan serunding ikan ni. Kalau kat kedah, ada je ketupat daun palas ni dijual waktu pagi sebagai sarapan, walaupun tak banyak dan susah jugak nak mencarinya. Since resepi serunding ni belum upload lagi, so saya share je lah. Nanti bila free baru nak buat lain ;D. Mungkin masa tu boleh masuk tutorial bergambar. Tapi senang actually nak buat serunding ni. Cuma kena sentiasa kacau sampai serunding kering airnya. 

Ketupat daun palas ni masa buat raya lepas. Macam biasa mak yang buat sebab sampai sekarang saya tak reti nak balut ketupat. :D

DSC_1563


DSC_1527

Resepi Serunding Ikan Kembung - boleh pakai ikan lain atau ikan bilis.

Bahan-bahan :
1 kilo ikan kembung 
3-4 keping Asam gelugur 
3 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar - dikisar halus 
5-6 batang serai
Sedikit  halia
1 mangkuk cili kering kisar (dierebus dahulu dan dikisar)
10-15 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih

Cara-cara :
 Rebus ikan dengan asam keping dan sedikit garam. Sejukkan dan buang tulang. Ambil isinya sahaja. Isi ikan ditumbuk.

Masukkan bahan kisar dan isi ikan yang ditumbuk ke dalam kuali dan masak sehingga kering menjadi serunding. Perlu kacau selalu.




DSC_1565

Post a Comment

49 Comments

  1. ketupat daun palas ni boleh dapat time raya jer... sapa nak buat kalo tak rayaaa... huhuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. idak la zafair wsekarang ni ketupat dh bersepahh dah ..

      Delete
    2. rumah saya raya pun tak jumpa ketupat palas nih..

      Delete
  2. tiap kali raya ketupat palas ni mmg wajib ada kt rumah ana hehe
    serunding je x buat sbb mak kurang suka. dia lg prefer rendang daging ada kuah2 sikit hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan anamizu mak kita kari ayam ja

      Delete
    2. hari raya keluarga saya tak buat ketupat palas

      Delete
  3. tiap kali raya ketupat palas ni mmg wajib ada kt rumah ana hehe
    serunding je x buat sbb mak kurang suka. dia lg prefer rendang daging ada kuah2 sikit hehe

    ReplyDelete
  4. setahun 2 kali je dpt merasa ketupat palas kat rumah ana hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat rumah saya tak pernah rasa.. kena beraya rumah orang baru jumpa.. huhuhuhu

      Delete
    2. hahhaha tak pa raya tahun depan dtg kedah ya azman

      Delete
  5. dulu tak tau pasal serunding ikan. sekali makan, perghhhhhhh sedap gilossssssss

    ReplyDelete
  6. thanks for the recipe Eny...
    saya suka serunding ikan tapi tak tau buat. kalau letak serunding ikan dalam pulut panggang pun sedap tau (penah mkn kat terengganu)

    ReplyDelete
  7. aduh, ngidam la nak mkn ketupat palas ni....
    siapa pandai buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta resepi dari eny.. boleh buat sendiri

      Delete
    2. tu la air tangan sendiri kan sedap kan xok ka sendiri yg buat hihii tp kalau ikut resepi mesti jadi punya lahh

      Delete
  8. terasa macam suasana hari raya

    ReplyDelete
  9. belah johor nih susah nak cari ketupat palas nih

    ReplyDelete
  10. makanan tradisi org utara time perayaann dan sebagainya

    ReplyDelete
  11. kan azman menitis air liur buatnya ada depan mata ohhh tidakk

    ReplyDelete
  12. Esok ada pasar tani, nampaknya kita pun rasa nak makan ketupat yang jual kat pasar jela.. :D

    ReplyDelete