Dapat beli seekor ikan Kacang yang besar dan fresh di Kuala Kedah dengan harga RM10 sahaja!. Murah kan. Kalau beli pasar biasa yang kecik je pun dah mahal.
Ikan kacang ni selalunya di kedai makan dibuat kari atau digoreng sahaja. Tapi Kalau buat sweet sour atau 3 rasa pun sedap juga. Resepi 3 rasa ni terpulang ada yang suka letak banyak bahan-bahannya sekadar letak nenas je, dan ada yang suka letak buah-buahan dalam tin. Ni versi saya punya hehehe. Letak macam-macam. Bukan 3 rasa dah, macam-macam rasa ada hehe. Yang penting nenas tu letak kena lebih sikit baru lah dapat rasa masam dari nenas tu.
Resepi Ikan Kacang Sweet Sour
Ikan Kacang saiz besar dipotong –potong
½ botol sos cili – saya pakai sos cili bawang putih yang jenama Tesco je. Murah dan sedap hehehe
1 sudu besar sos tiram
4 ulas bawang merah – potong nipis
3 ulas bawang putih – ketuk dan cincang
Halia – dipotong halus
1 biji nenas saiz kecil – bahagi 2, 1 bahagian dipotong dadu, 1 bahagian lagi dipotong halus (racik)
Sedikit timun, buang biji dan empulur dan dipotong panjang
Sedikit kobis bunga
Sedikit capsicum dipotong dadu
1 biji bawang besar holland dibelah
1 sudu besar Chili flakes
Tepung jagung
Garam secukup rasa
Cara-cara :
Sediakan sos terlebih dahulu.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih sehinga wangi.
Masukkan sos cili, sos tiram, dan sedikit air. Masukkan juga chili flakes dan nenas yang diracik. Masak seketika supaya nenas tu lembut. Tambah air jika nak kuah lebih.
Masukkan baki nenas, dan bahan-bahan sayuran lain dan masak seketika sehingga agak lembut. Akhir sekali masukkan sedikit bancuhan tepung jagung dan air untuk memekatkan kuah.
Ikan dibersihkan dan lumur sedikit garam. Bila nak goreng, golek kan atas tepung jagung atau tepung gandum dan goreng dalam minyak yang banyak (deep fried) sehingga masak. Ketepi kan.
Bila nak makan baru curahkan kuah keatas ikan yang digoreng tadi.

25 Comments
Saya ikan kacang pun tak kenal..huhu tapi lapar tengok masakan ni T_T
ReplyDeleteikan kacang nih muncungnya panjang.. mirip ikan alu-alu.. kalau pi pasar banyak saiz kecil-kecil aje..
DeleteIkan alu alu pun saya tak kenal hehe
DeleteFirst time dengar pasal ikan kacang.... Huh!
ReplyDeleteeh...sama la SS...sy pon 1st time dgr ikan kacang...selalu mkn kacang pjg jer..hahahahah
DeleteSama. Leh masuk geng. Mula2 ingat resepi ni ikan masuk kacang huhuu
Deletesaya pun tak kenal juga.. orang rumah yang kenalkan dengan ikan kacang nih
Deletemak kak ana pun panggil ikan ni ikan kacang, selain dari sweet sour kak ana masak acar cuka atau taucu je .
ReplyDeletewahhhh sedap juga tu
Deleteokk ni first time dengar nama ikan kacang haha nampak sangat menyelerakan yummy :)
ReplyDeletesangat.. sangat.. sangat menyelerakan
DeleteMasakan yang sedap + teknik mengambil gambar yang menarik = Awesome!
ReplyDeletesangat.. sangat awesome
Deletesedapnya ikan kacang macam-macam rasa ni, ambik bau dulu esuk lusa kaknoor tiru haha
ReplyDeleteselamat mencuba
Deletemenarik.... tertarik...tak cuba rugi la
ReplyDeleteselamat mencuba resepi
Deletemeleleh air liur tgk ikan ni...mesti sedap mkn dgn nasik panas kannn...hihihhi
ReplyDeletemakan dengan nasi panas memang perghhhh sedapppppp
DeleteZumal belum pernah dengar ikan kacang nie, kena buat kajian la hujung minggu nie ^-^
ReplyDeleteselamat mengkaji Zumal
DeleteBestnya sweet and sour.. selalu makan dengan ikan kembung.. meleleh air lam ya wau ra kita :P
ReplyDeletemenitis-nitis air liur ni jatuh ke lantai
DeleteIkan kacang dan alu2 dr spisis yg sama iaitu baracuda...kedua2 ada beza antara berbelang dan tidak,bg org org pantai timur ada pntang larang dgn ikan kacang..wallahualam..dlm alquran menyebut Allah memudahkan laut bg kapal2 belayar dn mencari rezeki dgn limpah kurniaNya supya kamu bersyukur
ReplyDeleteIkan kacang dan alu2 dr spisis yg sama iaitu baracuda...kedua2 ada beza antara berbelang dan tidak,bg org org pantai timur ada pntang larang dgn ikan kacang..wallahualam..dlm alquran menyebut Allah memudhkn laut supaya kapal2 belayar dan mencari rezeki dgn limpah kurniaNya dan supaya kmu bersyukur.
ReplyDelete