Triple Chocolate Brownies Paling Sedap!

P4031904ed

Triple Coklat Brownies ni memang sedap sebab kaya dengan rasa coklat kerana menggunakan 3 jenis coklat didalamnya.

Brownies ni adalah sejenis kek yang paling mudah nak buat sebab kita tak perlu risau kek bantat ke, kek tak nak naik ke sebab brownies ni jenis kek yang dense dan tebal serta berat. Tak ringan dan gebu macam kek biasa. Cuma bahan-bahan brownies ni agak mahal sebab kalau nak dapatkan rasa coklat yang sedap tu kena pakai koko atau coklat yang berkualiti. Selain tu kena pakai pure butter dan nak lebih sedap diletak chocolate chips dan kekacang jika suka.

P4031861ed

Selain tu, brownies ni tak perlu pakai mixer (mesin pemutar), cukup sekadar pakai senduk kayu. Telur tu tak boleh terlebih pukul nanti, brownies naik kebang sangat macam kek dan tak ada la shining crack kat on top of brownies. Brownies yang menjadi dan cantik kena ada shining crack diatasnya ;)

Resepi Triple Chocolate Brownies ni adalah dari Anna Olson, tapi saya dah ubahsuai sikit bahan-bahan supaya menepati dengan bahan-bahan yang ada di Malaysia. Contoh, kandungan butter dan gula tu saya kurangkan banyak sebab coklat bar yang kita pakai dah ada banyak kandungan lemak dan gula walaupun ianya adalah dark chocolate tetapi masih rasa manis dan lembut serta mudah cair macam coklat biasa... tak macam coklat di luar negara. Kalau luar negara kan dark chocolate mereka lebih pahit , keras dan kurang lemak.

Brownies ni memang tak pakai sebarang agen penaik, seperti baking powder dan baking soda.

P4031898ed

Resepi Triple Chocolate Brownies

Resepi by Anna Olson HERE
(Untuk ukuran acuan tin 4 segi 8 x 8 inci)

Bahan-bahan :
300gm Dark Chocolate (coklat gelap) - Saya pakai jenama Beryls - Jangan pakai coklat susu sebab manis
100 gm butter - saya pakai jenama Anchor
100 gm gula perang - kalau pakai gula castor, kurangkan sikit menjadi 80gm
3 biji telur size A
1 tsp esen vanilla
125 gm tepung gandum
1/4 cawan chocolate chips
1/4 cawan white chocolate chips (coklat putih)
1/2 tsp garam
Jika suka boleh tambah walnut dan almond cincang kedalam adunan.

Cara-cara :

Panaskan oven suhu 160C

Potong coklat bar dan butter kecil-kecil dan cairkan keduanya sekali dengan kaedah double-boiler sehingga cair sepenuhnya. Angkat dari api.

Masukkan gula, kacau sebati.

Masukkan esen vanilla

Masukkan telur sebiji demi sebiji. Setiap sebiji masuk, kacau dan kemudian masuk sebiji lagi. Buat sehingga habis. Kacau sekejap je pakai senduk.

Masukkan tepung dan garam. Kacau rata tapi jangan over mix.

Masukkan chocolate chips. Simpan sedikit untuk tabur diatas

Tuang dalam acuan yang digris dan kemudian diletak kertas alas (parchment paper). Kertas alas bagi lebih sikit keatas supaya senang nak tarik brownies dari acuan.

Tabur lebihan chocolate chips diatas. Boleh juga tambah walnut atau almond.

Bakar pada suhu 160C selama 35-40 minit atau sehingga cucuk cake tester keluar bersih. Jangan terlebih masak sebab nanti agak kering dan tak sedap. Kena moist sikit baru sedap

Brownies ni sedap dimakan pada keesokan harinya.

Untuk resepi BROWNIES KEDUT atau CHEWY FUDGE boleh KLIK SINI

Post a Comment

43 Comments

  1. Sedapnyaa..hantar kat Syira sikit Kak Eny..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu simpan dalam peti sejuk ke?

      Delete
    2. Assalamualaikum ..puan saya nk share resepi brownis ni .terima kasih...
      Nk cuba buat untuk minum petang terima puan....

      Delete
  2. wah besnyer, nampak sangat moist

    ReplyDelete
  3. dia buat brownies pulaaaakkkkk.....!!
    haiiihhh... enyy..!! enyy...!! alahaiiii..

    *telan air liur... telan air liur...*

    ReplyDelete
  4. dah lama benor saya tak makan brownies

    ReplyDelete
  5. Assalam eny,
    Ya ampun terliurnyaaaaaaaaaaaa
    nak buat maleh
    nak kena terjah SR pulop he3
    p/s : iols ni masa mola nengok resipi simple mimple ni memang semangat nak coba...tapiii bila tiba masanya teruih tak cobaaaaaaaaaa pun sob3

    ReplyDelete
  6. kak masakkan!!! nak tanya ada buat 3d cake tak?

    ReplyDelete
  7. waduhhh sedapnyeee... sedapnyeee... kalau anis nak buat kompem xmenjadi..ahhaha

    ReplyDelete
  8. nampak macam sedap je tapi saya tak gemar sangat makan kek coklat.

    ReplyDelete
  9. aduyai...kalau sis JM mkn nih haruslah bertambah montok

    ReplyDelete
  10. alahai. dok kampung pedalaman ni agak susah nak cari bahan2 cenggini. hehehehehehe

    ReplyDelete
  11. bahan-bahan dah ada dah..nak try buatla..

    ReplyDelete
  12. Dah lama x buat jenis2 kek..biskut n yg seumpamanya...

    ReplyDelete
  13. sedapnyerrr....meleleh air liurrrrrrrr

    ReplyDelete
  14. waaa...sodap ehhhh.....ntah bila la dapat rasa ni....

    ReplyDelete
  15. Saya dah buat.. Memang sedap, tq for the recipe.. Saya suka cuba recipe dari sini sebab sangat menepati citarasa sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam nak tanya..brownies ni dia mcm chewy (kenyal) tak?sebab baru2 ni ade tejatuh hati kt brownies coklat tu die ada rasa kenyal2 gitu..klu sama, nak test buat la..

      Delete
    2. Salam..nk tanya sy dah try bt resepi ni tp dia bantat..memang macam tu ke texture dia..atau dlm resepi di atas x da baking powder n baking soda

      Delete
    3. teksture brownies ni mmg padat.. sebab tu kena bakar tak boleh sampai terlalu masak supaya tak keras...

      Delete
  16. bila tengok resepi teringat plak duk cari pasai resepi nilah terjumpa blog kak eny dan terjatuh cinta dan follow . hihi

    ReplyDelete
  17. Thanks for the recipe. My husband, my siblings and I love it sooo much

    ReplyDelete
  18. As salam nak tanya..brownies ni dia mcm chewy (kenyal) tak?sebab baru2 ni ade tejatuh hati kt brownies coklat tu die ada rasa kenyal2 gitu..klu sama, nak test buat la..

    ReplyDelete
  19. Gula tu nak pakai gula apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gula perang. kalau guna gula castor pakai 80gm sahaja

      Delete
    2. Dah try buat smlm & slmt licin dlm perut kami bertiga (saya, suami & anak)..terima kasih byk2 sis..hihi..serius sgt2 sedappp.. ;)

      Delete
  20. Aduhai...kek berat...memmmmng kegemaran kita.tq.atas perkongsian resepi.

    ReplyDelete
  21. Brownies kalau kukus boleh ke?berapa minit ye?

    ReplyDelete
  22. Brownies ni boleh kukus ke?berapa minit ya?

    ReplyDelete
  23. Brownies kalau kukus boleh ke?berapa minit ye?

    ReplyDelete
  24. nak try buatlah. thanks berkongsi resepi

    ReplyDelete
  25. Nak tanya.. Kalau sy nak guna milk chocolate instead of dark choc.. Berapa gram ye sy kena kurangkan? Sbb milk choc manis kan?

    ReplyDelete
  26. Tepung tu nk kena ayak ke?

    ReplyDelete
  27. Salam kak eny. Da berjaya buat kek brownies ni. Semua org puji😍 masehhh kak eny😘

    ReplyDelete
  28. Resepi ni untuk size 8x8 ke ?

    ReplyDelete
  29. simpan resipi siap2..nak try nanti..

    ReplyDelete
  30. Kenapa saya punya tak berkedut? Ke memang tak berkedut? T.T

    ReplyDelete