Mentarang ialah sejenis siput laut yang hidup di tepian pantai berlumpur seperti di pantai di sekitar Kedah dan Perlis. Rasanya memang sedap dan lemak. Jikalau pandai masak, iaitu tak terlebih masak isinya, rasanya macam cair dalam mulut.. sedappp..
Mentarang selalunya lebih sedap dibakar. Tetapi sebab tak cukup arang di rumah, maka kukus je lah. Rasa dia tetap tak berubah. Cuma kalau rebus biasa mungkin tak berapa sedap dan kurang manis.
Sekilo hanya RM 15 bagi mentarang bersaiz besar dan RM12 bagi yang bersaiz sederhana. Ni dibeli di Kuala Perlis, dijual di tepi pantai sepanjang jalan.
Mentarang yang sudah dibersihkan. Kena pakai berus bersih untuk buang selut dan lumpur disekeliling badan mentarang. Ada sebabnya penjual tak bersihkan siap-siap selut tu. Satu sebab nak kekalkan kesegaran mentarang hidup dan selut tu akan jadi agen penyejuk semulajadi kepada mentarang, jadi tak lah cepat busuk.
Resepi Mentarang Kukus
Bahan-bahan :Mentarang secukupnya - dibersihkan sehingga putih luar dan pancutkan sedikit air kebahagian dalam
Beberapa batang serai di pecah-pecahkan
Sedikit halia
Perahan lemon atau jus limau nipis
Daun sup dipotong kasar-kasar
Sedikit sos ikan
Cara :
Campurkan semua sekali dan curahkan ke dalam mentarang.
Kukus sehingga mentarang masak. Mentarang ni selalunya tak akan terbuka luas apabila masak. Tak macam kupang atau kepah. jadi kena berhati-hati agar tak terlebih masak nanti tak sedap pula.
15 Comments
nampak sedap.. tapi tak pernah try lagi :D
ReplyDeletesedapnyaaa ahkak!..pos kat syira please..hihi :)
ReplyDeletepenah beli masa pergi kuala selangor tapi bawa balik tak boleh nak telan huuhuu
ReplyDeletekalau cicah ayaq asam apa benda pun mesti sedap Eny kan
ReplyDeleteohhh serius tak pernah nampak, tak pernah dengar makhluk bernama siput mentarang! >_< jom baca entri terbaru :)
ReplyDeleteselalu nampak kalau p makan seafood area kuala perlis tu tapi tak pernah try...nak mencuci tu yg mencabar skit kan...anyway, look tempting... ;-)
ReplyDeletekuala selangor yg terdekat sini cari mentarang...cicah ayaq asam sedap nyaa!
ReplyDeletesedapnya >_<
ReplyDeletefav bonde !
ReplyDeletepernah try sekali masa lalu Kuala Selangor.... tapi kechik2 je yg ain makan tu.. tak puas rasanya... hehehehehe... kena pergi Perlis ni cari mentarang yg besar2.... :)
ReplyDeletetengok gambar pun dah cair dalam mulut, belum betul-betul rasa lagi
ReplyDeleteTerliur dah SA ni....sebelum ni SA bakar je...
ReplyDeleteFirst time dgr psl siput ni.
ReplyDeleteerkk sedap ke kak enyyy?
ReplyDeletesaya suka mentarang ni, tapi geli sikit nak tengok masa makan. sebab macam alien
ReplyDelete