Brownies Coklat Susu Yang Sedap!!!

Satu lagi resepi brownies yang sedap, simple dan mudah. Brownies Coklat Susu yang sedap ni adalah olahan dari Triple Coklat Brownies tetapi saya kurangkan sikit gula dan letak kepingan coklat susu coins di dalamnya.. Memang sedap dan kaya dengan rasa coklat.


P4302562ed


P4302528ed

Brownies-coklat-susu

Kalau malas nak buat, saya juga ada buat tempahan brownies. Tapi untuk sekitar Alor setar, Jitra Kedah saja lah. Nak post tu susah sikit hehe.. Sekotak RM30 sahaja.
P4302587ed

Ciri-ciri brownies yang menjadi kena ada "kedut" di permukaan.....
P4302580ed

Resepi Brownies Coklat Susu

Resepi by Eny Abdullah
(Untuk ukuran acuan tin 4 segi 8 x 8 inci)

Bahan-bahan :
300gm Dark Chocolate Bar (coklat gelap) - Saya pakai jenama Beryls
100 gm butter - saya pakai jenama Anchor
120 gm gula
3 biji telur size A
1 tsp esen vanilla
125 gm tepung gandum
1/2 cawan Coklat Coins Susu Jenama Beryls. - Boleh juga pakai coklat susu cadbury yang di potong kecil.


Cara-cara :

Panaskan oven suhu 160C

Potong coklat bar dan butter kecil-kecil dan cairkan keduanya sekali dengan kaedah double-boiler sehingga cair sepenuhnya. Angkat dari api.

Masukkan gula, kacau sebati.

Masukkan esen vanilla

Masukkan telur sebiji demi sebiji. Setiap sebiji masuk, kacau dan kemudian masuk sebiji lagi. Buat sehingga habis. Kacau sekejap je pakai senduk.

Masukkan tepung dan garam. Kacau rata tapi jangan over mix.

Masukkan chocolate coins. Simpan sedikit untuk tabur diatas sebagai hiasan

Tuang dalam acuan yang digris dan kemudian diletak kertas alas (parchment paper). Kertas alas bagi lebih sikit keatas supaya senang nak tarik brownies dari acuan.

Susun lebihan chocolate coins diatas.

Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit atau sehingga cucuk cake tester keluar bersih. Jangan terlebih masak sebab nanti agak kering dan tak sedap. Kena moist sikit baru sedap

Brownies ni sedap dimakan pada keesokan harinya.


Post a Comment

8 Comments

  1. Allah tgok di time nak tido ni buat SA rasa lapar..tolonggggggg

    ReplyDelete
  2. alaaa nape kak eny dok kat aloq staq? ce dok area sini. bleh ana tempah huwawawawa =P

    ReplyDelete
  3. alahai menguji keimanan tol...hehehe

    ReplyDelete
  4. wahhh..memang sedap!! tapi kalau risaukan kolestrolnya,jom kawal dengan PHYTOCOL ST!

    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/phytocol-st-cara-mudah-sekat-kolestrol.html

    ReplyDelete
  5. eny, laparnya rasa bila singgah sini :)

    ReplyDelete
  6. wow..coklat... memang tgok pun dah nampak sedap..

    ReplyDelete
  7. eny oiittt...terlioq nieh..

    ReplyDelete
  8. Apa beza brownies dgn kek ek?huhu

    ReplyDelete