Nasi Lemak Sambal Tumis Ikan Talang Masin


Kes masak sebelum masuk office pagi-pagi memang huru hara jugaklah dibuatnya. Sebab kadang kadang akak terbangun lambat dik. T__T

Tapi gagahkan juga masa hari demi hari untuk family sebelum ke office. Nasib baiklah semua bahan dah disediakan awal-awal malam sebelumnya

Ok ni resepi 2-3 hari lepas, masa hari berkerja, masak nasi lemak letak susu sejat je sebab santan habiss. Then buat sambal tumis ikan talang masin memang sedap digandingkan bersama nasi lemak tu.

P5132862ed


Sambal tumis ikan talang masin ni, ikan masin tu ambil bahagian isi sahaja, dipotong kecil dan digoreng sehingga garing.
P5132850ed

Dah masak pun berkejar-kejar, breakfastnya tapau je lah ke office..  tu pun dah jadi brunch hehehe...
P5132875ed

Resepi Sambal Tumis Ikan Talang Masin

Bahan :
5 ketul isi ikan talang - di rendam seketika untuk kurangkan masin dan kemudian dipotong empat segi kecil
5 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar bawang besar kisar
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
3 ulas bawang merah - dihiris nipis
Sedikit halia dipotong nipis
1 ulas bawang besar - dipotong tebal
Sedikit sos tiram
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara :

1. Panaskan minyak dan goreng ikan masin sehingga garing. Angkat dan ketepikan
2. Dalam minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian masukkkan cili kisar, bawang besar kisar dan masak sehingga cili betul-betul masak.
3. Masukkan air asam jawa, sos tiram, sedikit garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ikan talang yang digoreng dan bawang besar potong
5. Masak seketika dan bolehla diangkat. Siap!

Resepi Nasi Lemak Susu

Bahan :
4 cawan beras
1 tin susu sejat + air – Jadikan semuanya 5 atau 6 cawan ikut beras apa kita guna
1 batang serai - diketuk
1 helai daun pandan - simpul
3 inci halia – dihiris nipis
3 ulas bawang merah – dihiris nipis
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar – dibelah 8
Garam secukup rasa

Cara :
Campur semua bahan didalam periuk nasi dan masak nasi sehingga masak.




Post a Comment

5 Comments

  1. X pernah lg buat sambal tumis ikan masin...looks tempting la..

    ReplyDelete
  2. wahh nasi lemak susu. mcm kena try je nti hehe

    ReplyDelete
  3. sedap ni... tak pernah try lagi..

    ReplyDelete
  4. KAk Eny... buatla pula bisnes asi lemak kat OPIS.. konfirm laku

    ReplyDelete
  5. Salam ...tumpang...kalu sesiapa nak try sambal strawberry ikan masin bleh cuba gi ke http://madeinkedah.blogspot.com.nyum². 100% produk bumiputera muslim TQ

    ReplyDelete