Hai semua,
Mesti ramai yang dah tau di utara ni memang terkenal dengan cucur udang kuah kacang. Di Kedah ni merata ada jual cucur udang ni. Kalau bulan selain bulan puasa, cucur udang ni mudah didapati di gerai tepi jalan, dihidangkan bersama cendol dan ais kacang. Memang sedap!! Ishh puasa-puasa ni terliur pulak hehehe..
Ok jom tengok reepi cucur udang kuah kacang yang mudah ni...
Resepi Cucur Udang Utara
Bahan-bahan :
500g tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 cawan air atau lebih (lebih kurang, kena masukkan sikit sikit dan adjust kepekatan)
15 ekor udang
1 cawan tauge
1/2 cawan daun kucai
1 ulas bawnag besar - dipotong dadu kecil
Sedikit gula (saya suka bagi manis sedikit)
Sedikit garam
Sedikit garam
Cara-cara :
Campur kesemua bahan diatas dan kacau rata. Peram sekejap dalam 1-2 jam Barulah digoreng
Goreng (deep fry) dalam minyak panas. Selepas goreng, potong kecil kecil dan hidangkan dengan kuah kacang
Boleh tengok video kat bawah di You Tube ya!
Resepi Kuah Kacang Cucur Udang
Bahan-bahan :
200 gram kacang tanah
1/2 senduk penuh cili kisar
1 batang serai, dititik
1 sudu kecil pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya (Ikut kepekatan)
1 batang serai diketuk
Sedikit gula (saya suka bagi manis sedikit)
Sedikit garam
Sedikit gula (saya suka bagi manis sedikit)
Sedikit garam
Bahan kisar :
Sedikit udang kering
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara-cara :
Campurkan semua bahan sekali dan rebus sehingga kuah kacang pekat dan naik minyak. Tak perlu tumis kerana kacang sememangnya banyak kandungan minyak.
Kalau nak buat cara tumis, panaskan sedikit minyak, tumis dulu bahan kisar bersama serai, masukkan cili dan masak sehingga cili garing.
Masukkan kacang, asam jawan dan air. Masukkan garam dan gula. Kacau rata dan masak sehingga pekat.
Kalau nak buat cara tumis, panaskan sedikit minyak, tumis dulu bahan kisar bersama serai, masukkan cili dan masak sehingga cili garing.
Masukkan kacang, asam jawan dan air. Masukkan garam dan gula. Kacau rata dan masak sehingga pekat.
9 Comments
Sangat sedap cucur udang nie. tapi selalu tak menjadi je kalau buat... hehe..
ReplyDeletenanti bleh try resepi kak eny...
Sedapnya cucur udang lawan dengan kuah kacang. Dulu selalu makan masa blaja. Nak buat sendiri, errrr. Krik krik krik =D
ReplyDeletewaduh sedapnya la tengok. huhu
ReplyDeleteSedapnya..tp SA x pernah mkn ngan kuah kacang....
ReplyDeleteKami kat johor ngan kl makan dengan sos je @ sambal kicap.. tp ritu masa g padang besaq.. ada kedai tu bg sos and sambal kacang
ReplyDelete1st time makan.sedap
Kuahnya tu yang bagi 'hidup' cucur udang.... mmmm terliur tengok!
ReplyDeletesedapnya kak eny..teringin nk mkn cucur udang......nnti nak masaklahh
ReplyDeleteSedap erm sis!
ReplyDeleteTak jumpak kat tempat len..
Buat sendiri puaih hati:-D
Test
ReplyDelete