Laksa Kedah Asli


Hai semua... 

Semalam buat laksa Kedah. Bukan laksa yang biasa buat tu, tapi ni laksa Kedah asli yang betul-betul original. Resepi orang tua-tua. Laksa Kedah asli ni ada ciri tertentu. Kuah mestilah pekat dan likat. Dari segi warna tu agak pucat sikit kekelabuan. Ini kerana laksa Kedah asli tidak menggunakan cili kering, tetapi menggunakan cili padi. Disebab cili padi ni dah pedas, maka pengunaanya cukupla sedikit sahaja. Tak seperti cili kering, kita kena pakai banyak.

Laksa yang digunakan selalunya laksa beras buatan sendiri. Orang sini panggil laksa chap. Selalu ada jual dipasar pagi. Jika susah nak dapat laksa chap, boleh je pakai laksa kasar kering biasa, direndam dahulu semalaman barulah direbus lembut.

P6160078ed2

Kuahnya harum dengan campuran bawang merah, serai yang diketuk, daun kesum dan bunga kantan.

Selain tu pengunaan ulam-ulam kampung menyerlahkan keaslian Laksa Kedah ni. Antara ulam yang digunakan ialah daun selom, daun ulam raja. daun pucuk jangguih(gajus), dan pucuk putat. Ulam tersebut dihiris halus dan digaul sekali. Dan bahan biasa yang lain ialah telur rebus, bawang besar dan timun. Begitu juga limau nipis dan cili padi potong.

P6160074ed2

Dan orang Kedah style bila makan laksa kena tuang sedikit kicap semasa nak makan tu. Kicap yang digunakan ialah kicap pekat manis. Kicap cair tak berapa sedap. Maca orang Penang makan Laksa Penang dengan Petis.

P6160070ed2

Resepi Laksa Kedah

Bahan-bahan :
1 bungkus laksa kasar (besar) - direndam dan direbus
1 kg ikan selayang (sardin) direbus bersama asam keping dan sedikit garam
4 ulas bawang merah
1 1/2 sudu kecil belacan
20 biji cili padi (ikut nak pedas mana)
4 keping asam keping
2-3 tangkai daun kesum
2 batang bunga kantan - dibelah
3 batang serai - diketuk
Telur rebus secukupnya
Limau nipis - dipotong

Bahan ulam (dipotong halus dan nipis) :
Daun pucuk jangguih (gajus)
Daun ulam raja
Daun Selom
Daun pucuk putat
Timun
Cili padi
Bawang besar

Cara :
Ikan selayang rebus diasingkan isinya. Isi ditumbuk halus.
Tulang ikan dikisar bersama air rebusan ikan. Lepa kisar tapis dengan penapis (raga) plastik yang berlubang kasar. Tapis dua hingga 3 kali sehingga nampak tulang putih yang tinggal tu.
Bawang merah, cili padi dan belacan dikisar.
Campurkan isi ikan, air tapisan tulang ikan, bahan kisar (cili dan bawang) didalam periuk sekali. Jika terlalu pekat tambah air.
Masukkan asam keping, serai, bunga kantan, daun kesum dan rebuslah sehingga mendidih. Rebus lama supaya kuah menjadi mesra dan lebih sedap. Perasakan garam secukup rasa.

Cara hidang :
Letak laksa yang direbus dalam pinggan dan tuang kuahnya. Tabur ulam-ulaman, cili padi, dan telur rebus. Perah sedikit limau dan tuang sedikit kicap pekat manis. Sedia untuk dimakan.




Post a Comment

11 Comments

  1. mak aihh! stress tengok laksa kedah ni.. terliur dah ni naa kak eny.. hihi.. my feveret ni kak.. :))

    ReplyDelete
  2. Mmmm... laksa tu menggamit selera! Selamat berpuasa buat Eny & family.

    ReplyDelete
  3. menyelerakan betul laksa tu. hehe

    selamat berpuasa kak Eny. Semoga ibadah puasa pada tahun ini diterima oleh Allah hendaknya. Amin...

    http://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2015/06/thiara-songket-raya-edition-dress.html

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum eny...selamat menyambut bulan Ramadhan n selamat berpuasa...:)

    ReplyDelete
  5. sedapnye laksa, lama dah x makan

    ReplyDelete
  6. dalam kuah laksa x letak cili kering eh tetapi cili padi

    ReplyDelete
  7. Serai nak masukkan bile?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masukkan masa rebus kuah tu.. lepas masukkan isi ikan yng dh kisar

      Delete