Ayam Goreng Sambal Belacan Bersos Resepi Mak

Hai semua,

Ya ampun minggu yang sangat busy.. penuh drama dan air mata minggu ni.. heheheh. Ada exhibition, launching project baru, dan currently siapkan projek show house. At the same time, saya juga busy siapkan projek buku resepi pertama saya collaboration dengan MPH. Tengah cuba menacari balance tu walaupn kadang kala senget ke sebelah hehehe..

Ayam sambal

Apapun saya enjoy and most of all bersyukur dapat merasai semua ni walau penat dan letih, walau setiap malam terpaksa beradoi sambil memicit lenguhnya kaki, dan saban malam juga kadangkala tak dapat melelapkan mata memikirkan perancangan hari esok.  Semoga Allah permudahkans emua kerja saya terutama buku resepi tu yang hujung bulan ni adalah deadline nya.

Saya nak minta maaf kepada yang datang dan tinggalkan komen, saya akan balas kunjungan bila dah selesai semuanya nanti. Terima kasih ya...

Apa pun dah lama tak masak untuk blog. Kebanyakannya di rumah mak yang masak. Yang saya masak pun hanya untuk buku resepi saja. Jadi hari ni nak kongsi reepi mak saya yang dia masak tadi. Ayam Sambal Belacan Bersos. Resepi simple dikala kita dah jemu nak masak apa dengan ayam, boleh la cuba :)

Ayam sambal

Resepi Ayam Sambal Belacan Bersos

Bahan-bahan
5 ketul pahan ayam atau apa saja bahagian ayam, digaul garam kunyit dan digoreng 3/4 masak
4 sudu besar sambal belacan
4 sudu besar sos cili
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih, ditumbuk
3 ulas bawang merah, ditumbuk
1 inci halia, dihiris nipis
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak gorengan ayam

Cara penyediaan

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan halia. Masukkan sambal belacan dan masak sekejap.

Masukkan sedikit saja air supaya tak terlalu kering. Masukkan juga sos cili.

Masukkan ayam dan masak sehingga kuah kering dan pekat. Tujuan masuk air tu supaya air tu meresap masuk kedalam ayam.

Dah pekat tu boleh la masukkan bawang besar dan masak sekejap sehingga bawang layu. Bolehla diangkat dan hidangkan..

Cubalah resepi Ayam Sambal Belacan Bersos ni ye :)

Post a Comment

9 Comments

  1. sedappnya eny... kecur tengok ni ha..untuk org tak makan sayur ni memang nak resepi yg pelbagai.. hehehehe

    ReplyDelete
  2. SEDAP. SIMPLE. SENANG. PINGGAN LAWA. HAHAHA

    ReplyDelete
  3. Wahhh...macam senang jer nak buat ni...nanti SA nak cuba la...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya..mudah je resepi ini..boleh try nanti..

    ReplyDelete
  5. mudah disediakan..mesti sedap ni..slurrppp

    ReplyDelete
  6. eny ni kan goreng ayam pun nampak sedap sangat adoi.. memang master chef lah :)

    ReplyDelete
  7. senang je cara buat..nk try la nnti..kdg tak ada idea nak masak apa...

    ReplyDelete