Tomyam Jernih Thai

Hai semua,

Busy sangat sekarang, memang mencuri masa nak update blog. Bila balik office, selesaikan apa yang patut dan tidur hehehe.. Dalam tu pula sibuk habiskan projek buku resepi. Penat ke tak penat tetap kena buat.

Tomyam jernih atau tomyam rebus ni memang banyak di Kedah. Tapi bukanlah di restoren Thai biasa. Kebanyakkan di restoren Thai yang agak "premium" dimana harga pun agak mahal. Sebenarnya tomyam jenis jernih ni lebih sedap dan lebih authentic dari tomyam jenis kuah pekat dan likat yang selalu kita jumpa. Ini kerana rasa tomyam tu kena extract dari rebusan gabungan lengkuas, serai, bawang, cili, dan daun limau purut. Macam singgang jugak lah, tetapi lebih kaya rasanya. 

Rasanyanya sangat clean tetapi kaya dengan gabungan pelbagai rasa. Tak tau nak explain macam mana tetapi memang sedap. 

P6210861ed

P6210854ed


Resepi Tomyam Ayam Jernih Thai

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam dipotong kecil
2-3inci lengkuas - dihiris nipis
4 batang serai
10 biji cili padi 
Sedikit daun ketumbar - dipotong
Sedikit daun sup - dipotong
Sedikit daun bawang dipotong memanjang
2 ulas bawang besar holland (kuning) dibelah 8
1 sudu esar serbuk cili
1 sudu teh lada hitam
2 biji tomato dihiris nipis
4 helai daun limau purut
1/2 cawan perahan jus limau
1 kiub ayam (jika suka)
Cendawan tiram secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Rebus ayam bersama lengkuas, serai, kiub ayam dan garam sehingga ayam empuk dan lembut

Kemudian masukkan bawang besar, cili padi, serbuk cili, lada hitam, dan daun limau purut. Rebus lagi sehingga aroma tomyam terhasil.

Akhir sekali masukkan tomato, cendawan tiram, daun ketumbar, daun sup, daun bawang, dan perahan jus limau. Tambah sedikit gula untuk membangkitkan rasanya.

P/s Ayam boleh digantikan dengan seafood dan juga daging.

Sudilah cuba resepi Tomyam Jernih Thai ni ye :)


Post a Comment

7 Comments

  1. sukanya makan tomyam ni dengan nasi putih panas2....

    ReplyDelete
  2. tom yam ni pun kesukaan keluarga kak ana eny :)

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa tomyam. dapat pulak hirup kuah dia. pehhhhh :D

    ReplyDelete
  4. Salam. Saya selalu tengok resipi ni untuk masuk tomyam jernih. Thank you and keep the recipes coming in! Suka juga dengan layout page kak erny. Sedap mata memandang ��

    Untuk resipi ni, saya dah cuba, memang sedap dan senang masak dan menyihatkan.
    Pernah sekali tu, tak cukup bahan, tapi saya cuba muga untuk masak. Sedap juga! ��

    ReplyDelete