Hai semua...
Jangan tak tahu, orang di Kedah Perlis ni, hidang pulut ayam for breakfast. Hehehe. Pulut Ayam ni adalah sejenis makanan popular di Thailand. Tetapi di Kedah dan Perlis, Pulut Ayam ni ada pengaruhnya yang tersendiri.
Kalau datang ke utara sini, hampir semua pasar pagi dan pasar malam ada menjual Pulut Ayam ni. Pulut ni boleh dihidangkan sebagai sarapan, makan tengahari atau maan malam. Tapi selalunya dihidangkan waktu pagi kerana, pulut tu sendiri dah cukup 'berat'. Kalau makan pulut waktu pagi memang kenyangnya sampai ke tenghari!
Breakfast pagi ni...
Ayam yang digoreng mestilah rangup dan betul-betul garing. Selalunya digoreng 2 kali supaya mendapat kerangupan yang diingini. Pulut ni dihidangkan bersama sos cili thai buatan sendiri yang rasanya masam manis pedas.
Resepi Pulut Ayam
Bahan-bahan
600gm pulut, direndam seketika, dan kemudian dikukus sehingga masak.
1/2 ekor ayam, dipotong 4
1 cawan bawang merah yang telah dihiris nipis dan digaul dengan sedikit tepung beras, digoreng menjadi bawang goreng
3-4 sudu besar tepung beras
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Bahan perapan ayam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
1 inci lengkuas, ditumbuk
1 sudu kecil pewarna merah, jika suka. Kalau tak pakai pewarna pun ok je.
Garam secukup rasa.
Garam secukup rasa.
Cara penyediaan
Ayam diperap selama 2-3 jam bersama bahan perap.
Panaskan minyak untuk deep fry ayam.
Letak tepung beras dalam pinggan leper.
Ambil seketul ayam yang diperap, golekkan dalam tepung beras. Biar sehingga semua bahagian ayam diliputi tepung. Terus masukkan dalam kuali panas. Goreng sehingga 3/4 masak . Buat sehingga ayam semua habis.
Angkat ayam dan sejukkan sekejap. Ketuk ayam dengan pisau atau lesung batu. Tetapi jangan sampai ayam hancur. Biar terbelah bahagian isi dalam tetapi tak putus.
Panaskan minyak sekali lagi dan goreng sekali lagi ayam yang diketuk tadi sehingga masak dan betul-betul garing.
4 biji cili merah, dikisar kasar bersama sedikit air
4-5 ulas bawang putih, dicincang
6 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/4 cawan cuka putih
2 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air
11/2 cawan air (atau lebih jika perlu)
Cara penyediaan
Dalam periuk, campur cili merah, bawang putih, air dan gula dan garam. Rebus sehingga cili masak dan bawang putih lembut.
Rasa garam dan gula. Boleh tambah gula jika sos terlalu pedas.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata sehingga kuah pekat.
Resepi Sos Cili Thai Bawang Putih
Bahan-bahan4 biji cili merah, dikisar kasar bersama sedikit air
4-5 ulas bawang putih, dicincang
6 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/4 cawan cuka putih
2 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air
11/2 cawan air (atau lebih jika perlu)
Cara penyediaan
Dalam periuk, campur cili merah, bawang putih, air dan gula dan garam. Rebus sehingga cili masak dan bawang putih lembut.
Rasa garam dan gula. Boleh tambah gula jika sos terlalu pedas.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata sehingga kuah pekat.
10 Comments
sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletenampak macam sedap tapi tak baper nak gemor sangat pulut.. ;)
ReplyDeleteSuka pulut dengan kuah durian yumm..yumm..
ReplyDeleteOk, baru saya tau org utara breakfast pulut ayam...hahaha..
ReplyDeleteboleh try ni kalau ada kesempatan ke sana.
BTW, nice picture!
Pernah Cuba masa pi Perlis..tp x makan pulut..makan Ayam je...aci tak?
ReplyDeletePUlut sedap jgk buat breakfast. Simple 👍
ReplyDeletesungguh enak., gmbr pon sedapp ;p
ReplyDeleteSimple tapi boleh tahu rasa mesti sedap!
ReplyDeletewuishhh sarapan makan pulut hehehe
ReplyDeletekita sini dengan nyoq + ikan kering atau ikan kukus goreng..
ReplyDeletemakan dengan ayam tu pun selalu gak...tapi first time tengok makan dengan sos thai... idea bagus oghang utagha👍👍👍