Kuey Teow Goreng Putih Sambal Kicap

Hai semua..


Hari ni baru masuk office setelah cuti dari Khamis lepas. Alhamdulillah walaupun penat, tetapi rasa fresh dapat menghirup udara segar kampung. Dah 2-3 minggu sebenarnya tak cukup tidur. Sepatutnya saya masuk office semalam, cadangnya balik awal pagi dan terus ke office. Tapi semalam bila bangun pagi, sakit kepala teramat sangat, terus cancel nak balik Kedah. Sampai tengahari juga sakit kepala. Makan panadol dan tidur sampai petang, dah ok sikit barulah rasa confident nak drive kereta. Itu pun sekejap-sekejap rasa pening. Drive pun sekitar kelajuan 80-90 km je hehehee.

Alhamdulillah selamat sampai Jitra semalam. Balik rehat kejap terus mengadun kek tempahan customer. Dah habis bakar, terus terlelap sampai pukul 6.30 pagi tadi. Dan bangun tadi kepala rasa ringan dan fresh. Tak ada pening lagi. Tu lah tak cukup tidur ni memang kalau dah sampai tahap maksima, saya akan sakit kepala. Bila dapat rehat dan tidur yang cukup memang ok balik. 

Balik ke kampung, aktiviti masak memasak memang tak tinggal heheh.. Cuma bila dah masak tu, tak lah saya bergambar bagai. Sekadar ambil gambar menggunakan kamera handphone. Tapi  dah nama pun photographer, tetap kena juga cari sudut dan pengcahayaan yang sesuai hahaha..

Takde table presentation, ambil terus dari dalam kuali...

20151030_074816ed

Anyway nak share kuey teow goreng putih ni yang cukup mudah nak membuatnya. Dimakan bersama sambal kicap pedas memang sedap! Resepi ni mak mentua saya yang ajarkan hehehe dan diolah dengan bahan apa yang saya jumpa didapur.

20151030_080950ed

Resepi Kuey Teow Goreng Putih

Bahan-bahan 
2 bungkus kueyteow basah
6 ulas bawang putih, dicincang
1 cawan isi udang yang telah dibuang kulit
1 cawan fishcake, dipotong nipis
3 biji telur
Seikat daun kucai, dipotong
2 cawan taugeh
¼ cawan minyak masak
1 sudu besar serbuk lada sulah
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa

Cara penyediaan
Panaskan minyak, dan tumis bawang putih. Masukkan isi udang dan fishcake. Pecahkan telur dan kacau rata. Masukkan juga sos tiram.

Masukkan kuey teow dan kacau rata. Masukkan serbuk lada sulah dan garam secukup rasa. Masak seketika.

Akhir sekali masukkan daun kucai dan taugeh. Masa sehingga keduanya layu dan sedia dihidangkan bersama sambal kicap.

20151030_080933ed

Resepi Sambal Kicap

Bahan-bahan 
10 biji cilipadi
2-3 ulas bawang putih
1/3 cawan bawang goreng
Kicap dan air secukupnya (sehingga cukup untuk dikisar dalam blender)

Cara penyediaan
Cili padi dan bawang putih direndam sekejap dalam air panas. Kemudian toskan.
Masukkan cili padi dan bawang putih tadi ke dalam blender. Masukkan bawang goreng.
Masukkan kicap dan sedikit sahaja air. Jumlah kicap + air mestilah cukup untuk blend cili dan bawang goreng tadi.

Kisar sehingga hancur dan sedia dihidangkan.

Sekali sekala, buat sesuati yang lain dari yang lain pun sedap juga kan.. Cubalah resepi kue teow goreng putih bersama sambal kicap ni.

Post a Comment

12 Comments

  1. Kuey teow lawan dengan sambal kicap! Terangkatttt!

    ReplyDelete
  2. memang unik kuew teow goreng putih ni. tak pernah makan atau try masak. boleh cuba next time

    ReplyDelete
  3. Besttt, tak perlu giling cili merah nak buat kuewtiaw goreng dah...cara ni pun dah syok layan dnegan sambil kicap kan...te dear share

    ReplyDelete
  4. sedap kuetiaw tuu,
    gmbr dlm kuali pun chantek ;)

    ReplyDelete
  5. sedap nya.. tq sbb sudi kongsi resepi.. :)

    ReplyDelete
  6. Lama rasanya akak tak update blog kan. hhuhu. kuey teow goreng putih , tak pernah makan pun. sambal kicap buat kecur air liuq jah ptg ptg ni.

    ReplyDelete
  7. Menarik...cuba buat bila berkelapangan nanti :)
    Tq share

    ReplyDelete
  8. Nmpk sedap. Boleh Cuba lepas ni.. Yummm

    ReplyDelete
  9. selalu orang buat bihun kan.. ni kuey teow.. nanti kalo CT buat bleh kasi kredit kat Eny =)

    ReplyDelete
  10. Sedapnya kuey teow....diana ni suka sangat makan kuey teow goreng ataupun yg basah....

    ReplyDelete
  11. terbaik kak saya dh cuba mmg sedap sgt ....

    ReplyDelete
  12. belum pernah masak kuey teow goreng putih. Tq kekny share resepi

    ReplyDelete