Hai semua,
Makanan paling simple dan mudah tetapi mengenyangkan pasti lah sandwich. Tapi tu lah kadang tak tahu nak buat sandwich apa. Dah jemu sandwich sardin, tuna dan telur goreng hancur.
Boleh cuba sandwich telur rebus ni pula. Saya suka sandwich ni sebab rasa dia yang lemak lemak dan ada gabungan rasa manis dan masam. Memang sedap sangat..
Simple sangat resepi sandwich ni. Kalau tak nak pakai daun herba boleh je skip. Pakai telur dan mayonis sahaja pun boleh je... Boleh buatkan untuk bekal anak-anak ke sekolah kan...
SANDWICH SALAD TELUR
Bahan-bahan4 biji telur direbus
1 sudu besar mayonis
8 keping roti putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil daun parsley cincang
½ sudu kecil daun thyme cincang
1 biji timun, dipotong nipis
½ biji perahan lemon
Garam secukup rasa
Cara penyediaan
1. Telur rebus dikupas kulitnya ketika masih suam. Hancurkan bersama mentega.
2. Masukkan lada hitam, garam, daun parsley dan herba thyme. Gaul rata.
3. Masukkan mayonis dan perahan jus lemon. Gaul rata.
4. Roti disapu disapu sedikit mentega. Letakkan timun.
5. Ratakan inti telur rebus diatas timun. Ambil sekeping roti dan letak diatas sekali untuk menutup sandwich.
6. Potong dua dibahagian tengah membentuk segi tiga. Sedia dihidangkan.
8 Comments
Cantiknya presentation sandwich tu.. Thanks share resipi :)
ReplyDeletewalaupun resepi dah tahu...
ReplyDeletetetap nak click,sebab nak tengok gambar..
terliur. hehe
ReplyDeletefeveret ni.... nice picture la kak... cantik dan sedap! combo!
ReplyDeleteSA selalu buat utk sarapan pi kerja...
ReplyDeletekite selalu buat ni. senang, cepat dan sedap. hehe
ReplyDeleteHarap sandwich ni akan muncul depan saya pagi sabtu nanti.. ;)
ReplyDeletetq for share recipe..sedap ni
ReplyDelete