Brownies Lebih Sedap Dengan Walnut!
Brownies ni kalau tambah kekacang didalamnya memang sedap! Lebih -lebih lagi kalau letak almond atau walnut. Resepi Brownies Walnut ni sama je macam resepi brownies saya yang lain, tapi ada sedikit pengubahsuaian supaya lebih kick hehehe.. Tapi Brownies Walnut memang lebih sedappp dari brownies biasa.. hehehe
Atas tu saya paipkan coklat ganache atau kalau suka nutella pun boleh. Untuk resepi Homemade Nutella saya Klik SINI. Walnut rasanya berlemak tetapi sedikit tawar jika dimakan begitu sahaja. tetapi jika digandingkan dengan rasa kek yang manis memang sangat sedap jadinya.
Khasiat Kacang Walnut
Sedikit infor tentang khasiat kacang walnut ni
1. Mengandungi kolestrol baik yang membantu menghapuskan kolestrol tidak baik dalam badan
2. mengandungi asid lemak bagus untuk kesihatan sel otak
3. Omega 3 didalamnya bagus untuk kesihatan dan untuk pencegahan kanser
4. Melindungi jantung dari pelabagai komplikasi
5. Bagus untuk menstabilkan tekanan darah
6. Sebagai makanan rutin semasa mengandung
7. Tinggi kandungan protein dan buat rasa lebih kenyang - membantu mengawal berat badan
Resepi Brownies Walnut
Bahan-bahan450 gm Dark coklat Couverture atau coklat Compound, saya pakai jenama Beryl's jenis coins
1 cawan walnut, dicincang kasar dan tak perlu dipanggang
160 gm mentega
180 gm gula perang
4 biji telur saiz A
1 sudu kecil esen vanilla
120 gm tepung naik sendiri, saya pakai Blue Key
30 gm serbuk koko, saya pakai jenama Beryl's
Secubit garam kasar
Cara penyediaan
Panaskan oven pada suhu 160C
Cairkan butter dan garam kasar menggunakan double boiler atau microwave. Kacau rata dan sejukkan sebentar
Coklat dipotong halus dan cairkan mengunakan kaedah double boiler atau microwave. Kacau rata dan sejukkan sebentar
Note : Boleh je cairkan coklat dan butter sekali menggunakan double boiler atau microwave
Tepung digaul bersama serbuk koko dan diayak.
Satukan telur, butter cair, dan gula perang dalam mangkuk besar. Masukkan esen vanila. Mengunakan senduk kayu atau sudu, kacau sehingga sebati semua bahan. Masukkan tepung dan coklat. Masukkan juga walnut yang dicincang. Simpan sedikit untuk ditabur diatas
Masukkan adunan dalam loyang 10 x 10 inchi. Tabur lebihan walnut diatasnya.
Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan tadi.
Masak selama 30-40 minit. Oven saya memerlukan 40 minit untuk bakar. Tahap panas oven ni lain lain, jadi kena selalu tengok kalau anda tak pasti oven anda bagaimana. Make sure tak terlebih bakar.
Note : Brownies lebih sedap dibiarkan semalaman sebelum dimakan. Lebih sedap selepas 2 hari dibakar.
9 Comments
Sedapnya brownies. Dengan coklat atas dia. Hmm.
ReplyDeleteAummm sedapnya...
ReplyDeleteCool info pasal walnut ..
ReplyDeletePlease kak , pos!!!
Dapnyaaaaa !
ReplyDeleteSalam eny
ReplyDeleteNak tanya brpa gram gula kastor ya? Sbb eny x tulis kt resepi tp kt cara penyediaan ada gula kastor.
Thanks eny
Wsalam. sorry hehe... resepi asal letak half gula castor dan half brown sugar, dalam ni saya pakai brown sugar sepenuhnya.. lupa nak edit word gula castor tu.. kalau nak pakai gula castor pun boleh atau bahagi dua 90gm castor dan 90 g brown sugar pun boleh je.. TQ ye
DeleteHi !
ReplyDeleteBolehkah saya masukkan potongan coklat susu di dalam batter brownies bersama walnut? berapa angaran coklat susu boleh saya masukkan?
Terima kasih
nak tanye, nanti brownies ni jadi kedut x??
ReplyDeletesedap ke brownies dgn walnut? selalu nya orang buat dgn kacang badam je.
ReplyDelete