Best kalau dok Ipoh sebab Ipoh ibarat syurga makanan. Paling best, kepelbagaian makanan mengikut bangsa dan kaum tu. Kalau di Kedah ni, banyak restoren Thai dan Mamak. Tapi di Ipoh, ada restoren authentic indian food, chinese food, dan ada yang halal. Boleh merasa hihihi..
Menjadi seorang peminat chinese food yang tegar, Kekny memang pantang dengar lah kalau ada tempat jual halal chinese food. Memang akan terjah heheh.. sebab susah nak cari kat Kedah ni.
Restoren New Hollywood Ipoh, Halal Chinese Food
Kat Ipoh ada satu restoren New Hollywood yang menghidangkan kebanyakannya ialah makanan cina yang halal. Actually sebelum ni Kekny dah beberapa kali ke sana ENTRY DISINI . Sampai sekarang masih teringat keenakan Char Kuey Teow udang dia yang sedap, letak udang gumuks gumuks, taugeh yang penuh berisi, you know taugeh kontot yang gemuk tu.. hahaha.. taugeh tu orang kata, kat Ipoh je ada jual.. betul ke?
Konsep restoren ni ialah, dia macam food court. Ada gerai kecil-kecil yang berniaga dalam kedai tu. Jadi bila nak order, pergi sahaja ke gerai yang jual makanan yang kita nak dan order. Nanti diorang hantar ke meja dan terus bayar. Tuan kedai dia cuma berniaga air minuman dan roti bakar.
Halal Chee Chong Fun?
Macam biasa, my favourite Chee Chong Fun Udang. Mana udang? Ada isi udang gumuks dalam gulungan tepung tu.. sedapp... Sambal cili tu buat cecah atau gaul je terus dengan kuah kicap.
Kali ni kitaorang order kopi susu gelas besar. Baru tau boleh rupanya mintak gelas besar. Sebelum ni dapat secawan cenonet rasa macam nak order 3 cawan tapi malu pulak. Ipoh white coffee memang sedap. Pekat dan kaw. Lepas Chee Chong Fun sampai, sampai juga Char Kuey Teow yang sedap gila tu.
The Best Char Kuey Teow in Ipoh!
Sempoi habis Char Kue Teow dia. Ada kuey teow udang dan taugeh. Sempoi tapi sedap sangat. Mungkin sebab sos dan cili yang dia pakai. Dan paling sedap sebab ada rasa terbakar terbakar sikit hahahahha.. betul serius sedap.
Mee Kari Ipoh!
Lepas tu try mee kari. ya ampun nasib baik portion dia kecik kecik, jadi dapat lah order banyak jenis untuk merasa hahahaha.. Mee kari ni tak sama macam mee kari kita buat. Kuah dia agak cair, tapiii awat sedap sangat walau kuah cair? Dan actually rasanya kuah cair ni tak muak sangat nak makan kan? Next time nak cuba buat mee kari yang kuah dia macam ni. hehehe..
Ini tak tau apa... Kekny suruh DH order wantan goreng. Dia silap kedai agaknya, jadi dapat ni sepinggan. Bila cina tu letak, Kekny tengok DH.... wantan?? mana wantan I? DH pun cakap.. tu bukan wantan ke? lerr dia ni tak tau ke wantan tu macam mana, masa bangun nak order tu siap dia tanya... nak wantan tadi kan, riak muka tu confident macam dok pernah makan wantan hari-hari. Hahahhahaha makan je lah.. wantan ke mana apa ke mana.. nak order wantan betul betul perut dah sengkak makan je lah ni dulu hahahaha.. Tapi tetap sedap. Rasa dia macam gabungan fish cake dan keropok lekor. Rasa ikan dan juga tauhu yang sooooo lembut!!!! Sengkak pun habis sepinggan!
Ok next wish list bila sampai sini ialah
Wantan goreng
Wantan sup
Roti bakar telur + kaya
Loh Mee
Char Kue - selalu terlupaaaa!
Hahahahhaha lepas ni kena order sendiri tak boleh harap DH order dah!
Siapa yang nak kesini boleh google maps New Hollywood Cafe Canning Garden.
Alamat : 38, Jalan Lee Kwee Foh, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia
2 Comments
ok nampak sedap..
ReplyDeleteokey, dekat hometown husband pun tak tau ada restoran chinese yang halal..tapiii husband bukan peminat chinese food..uwaaa..
ReplyDelete