Haa dah kenapa namanya Nasi Ayam Pensonic hihi sebab Kekny masak nasi ayam kali ni pakai 2 produk Pensonic iaitu Pensonic Multicooker dan Pensonic Air Fryer. Memang senang ada dua ketul Pensonic Kitchen Gadget ni di rumah sebab memudahkan kerja masak memasak selain cepatkan masa memasak. Yang paling penting tu, tak payah nak semak dan kotorkan dapur macam kita masak pakai dapur gas.
Nasi ayam yang lembut, harum dan enak dengan ayam goreng madu yang sedap.. Korang nak belajar ke masak nasi ayam ni? Senang je sebenarnya nak buat nasi ayam. Kalau kita buat sendiri lebih sedap, bersih dan terjamin dari di kedai punya.
Lengkap dengan sos cili dan kuah kicap serta sup.
Inilah 2 produk Pensonic yang Kekny guna untuk buat Nasi Ayam Pensonic ni. Yang putih tu Air Fryer dan yang warna grey tu Multicooker
Cara masak Nasi Ayam Menggunakan Pensonic Multicooker
Sebenarnya lebih senang memasak nasi bertumis seperti nasi ayam, nasi tomato atau nasi minyak menggunakan multicooker berbanding menggunakan rice cooker atau dapur gas. Kalau dapur gas, nasi selalu kurang masak, adakalanya hangit dibahagian bawahnya. Kalau rice cooker pula nasi kadang kala terlalu lembik dan tidak rata bahan-bahanya.
Multicooker ni juga senang dibawa kemana saja. Kalau pergi travel, senang angkut sahaja sebiji periuk ni. Tak perlu nak makan diluar boleh masak di hotel, especially those yang ke overseas, dimana sukar nak cari makanan halal, boleh masak sendiri pakai multicooker.
Ok jom kita belajar cara masak nasi ayam guna multicooker ni mudah je!
Mula-mula, rebus ayam sehingga masak dan empuk.
Asingkan air rebusan ayam dan isi ayam. Air rebusan ambil 2 cawan untuk dimasak nasi.
Menggunakan Pensonic Multicooker, kit tumis nasi gunakan 1 sudu butter dicairkan..
Tumis daun pandan, biji pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis..
Masukkan bahan kisar, biar hingga wangi dan garing bahan kisar tu.
Masukkan beras yang telah dicuci bersih. Kacau rata.
Masukkan air (2 pot air rebusan + 1 1/2 pot air biasa), Masukkan juga daun sup
Biar sehingga air kering macam ni.barulah ditutup.
Ni nasi yang dan masak. Elok je masak dengan Multicooker ni. Nasi lembut dan lebih sedap. Tak hangit dan berkerak!
Cara buat Ayam Goreng Madu Menggunakan Pensonic Air Fryer
Dah tu untuk ayam goreng madu pula kita guna Pensonic Air Fryer je. Tak payah nak goreng dalam minyak ni. Sangat tidak sihat dan renyah nak cuci kuali semua.
Ayam yang direbus tadi, digaul dengan perapan bawang putih ditumbuk, kicap manis, madu dan minyak bijan. Gaul rata
Susun dalam Pensonic Air Fryer
Nampak tombol tu, itu tombol setting masa, set kan kepada 20 minit, atas tombol tu ialah pelaras suhu, laraskan sehingga suhu 180C. Biar masak dalam Air Fryer sehingga warna ayam bertukar perang gelap. Ayam rebus tu dah masak sebab sudah direbus, kita cuma nak garingkan bahagian luar.
Selepas dipotong, ayamnya rangup di luar dan lembut dan juicy didalam. Boleh hidangkan dengan nasi ayam kita tadi.
Ok jom tengok resepi penuh ye...
Resepi Nasi Ayam
Bahan-bahan :
1 ekor ayam, dipotong 4 (direbus sehingga lembut bersama halia, bawag besar)
2 1/2 cup beras
3 1/2 cup air ( tambah 2 cup air rebusan ayam)
2 inci hali dipotong nipis
1 ulas bawang besar
1 kiub ayam
1 sudu besar butter
Bahan tumis
3 helai daun pandan, simpul
3 buah pelaga
3 bunga lawang
Bahan kisar tumis
2 inci halia
1 ulas bawang besar
6 ulas bawang putih
Bahan perapan ayam (gaul bersama ayam rebus dan perap sekejap)
4 ulas bawang putih ditumbuk
3 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar madu
Cara Penyediaan Nasi Ayam
Ayam yang direbus asingkan sup dan isinya. Ambil 2 cawan sup untuk masak nasi
Tumis bahan tumis sehingga wangi, Masukkan bahan kisar tumis, Biar sehingga wangi.
Masukkan pula beras yang dah dicuci dan gaul rata. Masukkan air ( 2cawan air rebusan + 1 1/2 cawan air biasa ). Masukkan juga daun sup.
Rendahkan suhu multicooker menjadi sederhana dan biar sehingga air menjadi kering. Selepas kering barulah tutup dan biar nasi masak sepenuhnya pada suhu rendah.
Cara Penyediaan Ayam Madu
Ayam yang direbus digaul bersama bahan perapan ayam
Masukkan ayam dalam Pensonic Air Fryer dan masak sehingga bahagian luar garing. Boleh juga goreng didalam minyak biasa sehingga garing diluarnya.
Sup Nasi Ayam
Baki lebihan rebusan ayam, dipanaskan dan masukkan sedikit serbuk rempah sup dan garam secukupnya.
Sambal Cili Nasi Ayam
6 biji cili merah
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar cuka
sedikit air
Kisar kesemuanya sehingga halus. Dan bolehla dihidangkan bersama nasi ayam
Kicap Nasi Ayam
1 cawan air sup ayam dicampur dengan 1/2 cawan kicap pekat. Panaskan atas api dan tuang sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Boleh tambah minyak bijan jika suka.
Eh korang tak nak beli ke produk Pensonic ni.. jom tengok page Pensonic Malaysia.. ada contest dan boleh menang hadiah.. mana tau dapat Air Fryer dan Multicooker, boleh korang masak macam Kekny hehehe.!
12 Comments
mudahnya ada pensonic ni kan eny..nampak sedap tu...
ReplyDeleteAlahaii dapnyer nasi ayam kekny ..
ReplyDeleteAkak kawen nanti sila bagi air fryer pensonic tau...baru bleh buat nasi ayam.macam ni..
ReplyDeletesedapnye tgk nasi ayam tu
ReplyDeleteHmm sedapnya nasi ayam pensonic ni.. lapar pula.. padahal baru makan tadi >.<
ReplyDeleteSedapnya kekny!! Echa suka makan nasik ayam ni. Tak pernah lagi buat sendiri kecuali tolong sambung masak. Next time nak try lah!
ReplyDeleteAduh, sedapnya nampak gambar Enya. Sure sedap ni ����
ReplyDeleteElok kejadiannya nasi ayam tu... lapar haih!!
ReplyDeleteaduh aduhh nak jadi anak angkat boleh tak? hehehe. lapar terus pagi pagi ni tau.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
wahhh bestnya... dgn mengunakan produk pensonic
ReplyDeleteblh bg tahu model multicooker pensonic ni
ReplyDeletesalam..Nak ty masa masak nasi tu suhu dia high ke?
ReplyDelete