Ramai yang katanya selalu gagal buat apam terutama apam beras yang perlu menggunakan kisaran beras yang ditapai. Dengar pun dah pening baik beli je kan hehehe.. Tapi pernah dengar apam nasi? Apam nasi yang mudah je cara nak buatnya.
Sebenarnya ada cara nak buat apam cara mudah iaitu menggunakan nasi. Resepi pun mudah dan Insyallah menjadi. Jom tengok resepi mudah ni.
RESEPI APAM NASI
Bahan-bahan
1 cawan nasi sejuk
3/4 cawan gula pasir - Kekny pakai 1/2 cawan je
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 camca teh instant yeast - Pakai jenama Mauripan
Pewarna pink atau mengikut kesukaan
Kelapa parut putih secukupnya dan digaul garam - biar terasa sikit garam tu baru sedap
Cara Penyediaan
Nasi dikisar bersama air dan gula sehingga halus.
Dalam mangkuk, satukan tepng gandum, tepung beras dan yeast serbuk. Kacau rata.
Tuang nasi yang dikisar tadi dan gaul rata. Perap selama 3 jam
Bila nak kukus panaskan periuk pengukus. Kekny guna acuan lompang yang disapukan sedikit minyak.
Satu adunan letak pewarna, satu lagi biar putih. Nak buat warna putih semua atau buat satu warna ke 3 ke 4 warna pun boleh je.
Masukkan apam dalam acuan. Jika nak campur warna, masuk adunan tu berselang seli ye.
Kukus selama 15 minit atau sehingga apam masak - kering bahagian dasar nya apabila dikeluarkan dari acuan.
Gaul dengan kelapa parut dan boleh dihidangkan.
8 Comments
Kuih fav anak-anak miza ;)
ReplyDeleteComel nya apam ni eny. Sweet sgt. Rasa nak makan skrg je. Haha
ReplyDeleteLaaaa...senang jer buatnyaaaa
ReplyDeletewow sedapnya
ReplyDeleteTgok cara2 nak wat senang je. Tp tu lah. Kena tunggu mood rajin datang. Hee.
ReplyDeleteBlogwalking.😘😍
Sedap! Auni kalau makan apam ulang2... hihi
ReplyDeletemacam senanggg jeee macam nak cubaaaa jeee.
ReplyDeleteboleh cuba nanti hihihihi
ReplyDelete