Masih belum terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog Kekny. Alhamdulillah Syawal kali ni walau tak semeriah syawal tahun tahun lepas kerana keadaan ekonomi yang agak merudum, dan ramai yang cut budget, namun kita beraya je seadanya. Tahun ni Kekny dan DH beraya di Kedah pada hari raya pertama dan kedua, raya ke 3 dan seterusnya pula di kampung DH di Batu Gajah, Perak. Dari awal kahwin memang kami berjanji raya pertama dan kedua akan ikut giliran selang tahun kalau tahun ni di Kedah, tahun depan di Batu Gajah. Kami juga selaraskan dengan adik beradik DH yang lain supaya bila balik, semua balik sekali pada waktu yang sama, barulah dapat berjumpa kami adik beradik. Dan pastinya bila sebut pasal raya, tak lain tak bukan ialah makanan yang akan dihidangkan diatas meja pada 1 syawal. Bagi Kekny setiap tahun pasti ada ketupat palas, rendang dan kuih muih. Hidangan berat seperti nasi dan mee akan dimasak pada hari berikutnya. Jom tengok hidangan hari raya 2017 Kekny..
Ketupat dan rendang adalah satu kemestian. Tahun ni Kekny dan Maktok cuma masak satu jenis rendang sahaja iaitu rendang daging berempah. Selalunya ada buat rendang ayam sekali, tapi sebab pada buka puasa hari terakhir hari tu, kami dah masak ayam panggang, jadi jemu pula nak masak rendang ayam lagi pada pagi raya.
Serunding ayam tu Kekny beli je. Sedap juga digandingkan dengan ketupat palas.
Raya kedua, masak lontong pula sebelum bertolak balik ke Batu Gajah, Perak.
Masak juga Ayam Masak Merah style kenduri kahwin kampung digandingkan bersama nasi tomato dan acar timun nenas berkacang.
Nanti Kekny Share semua resepinya ya..
4 Comments
tahun ni je tak jumpa ketupat palas,kat jb jarang orang buat...
ReplyDeleteYa Allah sedapnya.. lapo Pula mama tgh Pisa ni hihi
ReplyDeletebestnya siap ada ketupat. kami masak nasik impit ja.
ReplyDeleteKin masak lemang pulut je raya. Hihhi. Selamat Hari Raya :)
ReplyDelete