Macam biasa ke restoren kegemaran lagi untuk bersarapan. New Hollywood Cafe terletak di Canning Garden, Ipoh yang menyajikan Chinese cuisine yang halal dan bersih. Di Ipoh lah Kekny dapat merasa halal chinese food seperti ini sebab di Kedah memang susah dan hampir tiada rasanya halal chinese street food. Kalau di hotel mungkin ada. Tapi fine cuisine ni tak thrill sangat macam street food kan. Boleh rujuk entry lama mengenai restoren ni SINI dan DISINI
Ini ialah Kuih Lobak Goreng. First time rasa dan sedap jugak lah cuma berminyak sedikit. Macam wantan goreng agak rapuh dan rangup. Hari tu ingat nak try wanton goreng, tapi asyik lupa je hehehe.
Ipoh Coffee di sini adalah terbaik sekali. Kalau dulu kitaorang order dapat secawan kecik memang tak puas minum, kali ni dah tahu mintak gelas besar hahaha.
Kegemaran Kekny ialah Char Kuey Teow ni. Kali ketiga ke sini, memang setiap kali order char kuey teow. Chinese style char kuey teow yang original, goreng kering tanpa kuah, tapi masih lembab ohh sedapp!
Halal Chee Cheong Fan atau Rice Noodle Rolls. Mana lagi nak jumpa kalau bukan di New Hollywood Cafe ni. Hidangan ni agak simple, kepingan nipis adunan tepung beras (kalau tak silap) di kukus dan diletakkan isi udang, kemudian digulung dan dipotong. Pelengkap hidangan ni sos manis-manis masin beraroma minyak bijan dan sos cili pedas yang rasanya dicampur udang kering. Bila sepotong masuk ke tekak, teksturnya yang licin laju dan lembut, bergaul dengan tekstur isi udang segar yang sangat rangup memang asyik je makan yang ni. Sepinggan memang tak cukup. Rasanya seakan-akan dim sum udang tetapi lebih beraroma dan berperisa.
Roti telur dihidangkan atas kepingan roti bakar yang disapu marjerin. Sedap betul. Dibawah roti yang rangup, lapisan marjerin tu memang agak tebal dan menjadikan telur tu lemak-lemak je rasanya.
Close up char kuey teow hehehe
Satu tip jika makan disini, apabila makanan sampai korang harus terus membayar harga makanan tu kepada pelayan yang hantar kerana sini konsepnya gerai yang berasingan. Jadi sediakan duit atas meja siap-siap. Macam kita orang ni ada lebihan duit raya tu keluarkan terus letak atas meja. Bayar je bila makanan sampai. Harga makanan sini sangat lah murah diantara RM5 ke RM10 sepinggan.
Kalau korang ke Ipoh, jangan lupa singgah di Cafe New Hollywood ni sebab sangat sedap makanan dia!
18 Comments
Allah lapar terus !!!!! sedap semuanya
ReplyDeleteCik en suka chinese style.. kena gi terjah niii
ReplyDeleteRasa nyesal sebab klik lagi2 lepas tengok chee cheung fun tu... Aduhhhh sedapnyeehhhhh
ReplyDeleteMemang nampak sedap
ReplyDeleteDan kalau singgah ipoh mungkin singgah
Tekak AS sebenarnya kurang boleh terima dengan chineese food..tapi kueytiaw tu nampak sangat tempting 😋Aumm
ReplyDeletesuka chinese food tpi en.suami tak suka plak..klu tak, boleh terjah cafe ni klu blik Ipoh..
ReplyDeletelprrrr nk plak close up gmbr last tu hehe
ReplyDeleteMemula tgk char kuey teow dah meleleh sekali tgk yg close up pulak... Aduyaii
ReplyDeleteAmboi banyak nya lauk atas meja tu
ReplyDeletesedapnyaaa... nyesal tengok sekarang dah lapar..
ReplyDeleteJemput singgah ke blog MamaJue
Banyaknya makanannnn..lapo pulak tetiba
ReplyDeleteAlamak saya yg kat Ipoh ni pon tak tau ni haha
ReplyDeletekuay teow tuh awesomenyeeee
ReplyDeleteya allah sedapnya. wajib cuba kalau pergi ipoh nih. huhu.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
wajib singgah ni
ReplyDeleteyang ni pon sedap
ReplyDeleteEny ni saje je goda iolls....
ReplyDeletekak eny sedapnya, takpe balik ipoh nanti nak cari cafe ni
ReplyDelete