Restoren Sedap Di Ipoh! New Hollywood!

Kali ke berapa ke Restoren New Hollywood ni. Lost count dah hehehe. Macam biasa share gambar makanan kegemaran kat sini. Setiap kali datang order menu sama sahaja. Nak cuba juga menu lain tapi tetap nak rasa menu kegemaran. Dah tu macam mana, terpaksa order yang sama sajalah. Order banyak kami berdua je makan pun hehehe

Macam biasa kena order Chee Chong Fun Hongkong Style ni. Keenakan Chee Chong Fun kat sini sebab rasa dia yang secukup rasa dan tak terlalu berat. Sesuai untuk sarapan pagi. Meenya tu licin dan sedap dengan udang yang segar dan sis cili yang jadi pelengkap hidangan ni


Kuey teow Goreng. Nak cakap apa lagi memang terbaik di restoren ni. Rasa smokey tu yang buatkan ianya lebih sedap!

DSC00027ed

Roti Telur kegemaran my DH. Datang je dia order roti ni terus. Telur tu memang perfect kejadianya. Bentuk elok dan masih cair didalam. Kekny sendir pun failed kalau nak buat telur macam ni. Padanannya ialah roti bakar harum disapu mentega. Satu je kalau best ada kaya baru lengkap. Next time kami akan bawa kaya sendiri untuk dinimati bersama roti telur kat sini. Hahahaha

DSC00017ed
Paling win ialah kopi aisnya. Kopi disini memang sedap. Tak hairanlah kerana Ipoh antara tempat penghasilan kopi yang beraroma dan sedap. Rasanya kaya dan berlemak. Minum panas pun sedap apa lagi kalau cuaca sedikit panas dicampur ketulan ais begini.

DSC00037ed  
Kuih Lobak ni macam snek je. Selalu order juga sebab rasanya yang sedap. Walaupun ianya digoreng garing tapi isi bahagian dalam masih lembut dan suka bila gigit tu rangup je.

DSC00031ed

Ok kalau korang nak baca beberapa entry dalam blog ni berkaitan Restoren New Hollywood di Ipoh boleh baca disini




Restoren New Hollywod ni terletak di Canning Garden, Ipoh. Boleh Waze atau Google Map, mesti jumpa.

Post a Comment

5 Comments

  1. sedapnyaaa.. kedai ni pernah few times attempt nak pergi dgn kwn2.. tapi x jugak smpainya. belom rezeeki..

    ReplyDelete
  2. kalo dh sedap, mmg akan repat mkn menu sama kn...

    ReplyDelete
  3. Terliur nampak gambar kuew tiaw tu!!! Sedapnyaaaa! Gambar Eny cantik! Menarik tengok semua gambar clear 😊

    ReplyDelete
  4. 1st time tengok ada kuih lobak ni

    ReplyDelete
  5. Hai .Waktu operasi pukul brapa yer

    ReplyDelete