Viral sungguhla kek ni. Ramai yang dah mencuba resepi Fruit Pastry Cake dan menjadi dengan elok. Tapi ada juga segelintir yang PM Kekny bertanya kenapa Kek Fruit Pastry beliau tak menjadi. Kau dah kenapa dik, kau cuba resepi orang lain, kau tanya Kekny. Kekny belum share pun resepi Fruit Pastry ni, kau nak juga tanya Kekny kau ni kahkahkah. Nak tahu ke Tips Fruits Pastry Cake ni menjadi dan sedap dan Tips Buah Kek Tak Jatuh?
Antara soalan yang ditanya kenapa buah nya jatuh ke dalam sampai ke dasar. Tak kurang juga bertanya kenapa kek tak gebu, bantat jadinya lepas guna resepi insta famous kanak kanak. Ada juga tanya kenapa dia order kek ni rasa sedap, cuba buat rasa tak sama pula dengan yang dibeli. Punyalah nak gelak baca soalan kau orang.
Ok lah Kekny jawab satu persatu disini ya sambil-sambil bagi tips dalam membuat fruit pastry cake ni. Dan untuk jawab soalan kau orang, Kekny pun mencuba juga buat resepi kek viral ni. Kenalah cuba nama pun cooking blogger merangkap baker hehehe.
Tips Fruit Pastry Cake Menjadi Dan Sedap
1. Kenapa rasa kek saya buat tak sama dengan yang saya beli homemade?
Gunalah premium butter seperti Anchor, Lurpak, Tartura, SCS. Homemade bakers tahu lah dan selalunya memang dia orang guna butter premium supaya rasanya lebih sedap, berlemak dan harum. Kau pula konon nak buat sendiri tapi nak jimat guna butter jenama yang ada tulis butter tapi itu sebenarnya marjerin yang ada peratusan sedikit lepa susu je. Tak merujuk kepada mana mana butter hehehe. Satu lagi kek butter, brownies atau kek lain kebanyakan rasanya lebih sedap pada keesokan harinya. Terutama kek buah kena tunggu 3 ke 4 hari baru terasa kesedapannya. Jadi Kekny faham kau orang kalau bakar kek, mesti potong terus makan kan. Dah tu macam mana nak rasa macam kek kau beli hahahahahha
Gunalah premium butter seperti Anchor, Lurpak, Tartura, SCS. Homemade bakers tahu lah dan selalunya memang dia orang guna butter premium supaya rasanya lebih sedap, berlemak dan harum. Kau pula konon nak buat sendiri tapi nak jimat guna butter jenama yang ada tulis butter tapi itu sebenarnya marjerin yang ada peratusan sedikit lepa susu je. Tak merujuk kepada mana mana butter hehehe. Satu lagi kek butter, brownies atau kek lain kebanyakan rasanya lebih sedap pada keesokan harinya. Terutama kek buah kena tunggu 3 ke 4 hari baru terasa kesedapannya. Jadi Kekny faham kau orang kalau bakar kek, mesti potong terus makan kan. Dah tu macam mana nak rasa macam kek kau beli hahahahahha
2. Guna resepi mudah tak perlu mixer pun dari Insta Famous Cilik tapi kek saya bantat!
Haaa resepi yang di share leh instafamous cilik tu memang senang je tak perlu pakai mixer ye sebab butternya dah dicairkan terlebih dahulu. Asasnya sama sahaja, tak ada salah silap pun. Cuma kau orang kena baca resepi teliti. Resepi kek tanpa mixer begini memerlukan gelembung udara dalam kek supaya lembut dan gebu. Dia ada beritahu, JANGAN OVERMIX. Kacau tu kacau manja manja je lepas masuk tepung. Dah kau nak juga pukul adunan tu macam kau buat bahulu kenapa? Mestilah bantat jadinya bila hilang segala gelembung udara. Kalau adunan yang guna mentega seketul bukan jenis dicairkan, barulah kau pukul guna mixer sampai kembang mentega dan gula, tapi tetap bila bahagian masukkan tepung dah tak boleh pukul lama, cukup sekadar tepung sebati sahaja. Ikut resepi dan baca resepi betul-betul ya.
3. Permukaan Kek Kena Garing Atau Sekadar Putih?
Ini terpulang citarasa masing-masing. Kau suka kek lembik dan lembap, biarkan putih. Kek ni memang kering permukaan sejurus selepas dibakar. Tetapi air dari dalam buah tetap akan keluar pergi ke kek untuk lembapkan kek ni. Jadi sebab ada yang bertanya garing atau putih? Kekny buat 2 versi garing dan yang sebiji lagi permukaan kek putih dan tak garing. Hasilnya, Kekny lebih sukakan yang garing. Sebab permukaan kek yang putih esoknya menjadi sangatlah lembik teruk sehingga susah nak potong. Buahnya juga lari bila dipotong. Manakala untuk permukaan garing, lebih senang dipotong dan lebih kemas. Nampak je garing tapi tetap moist, bila dipegang tetap melekat dan basah, jadi kau orang bayangkan yang permukaannya tak garing selepas sehari tu bagaimana dia punya kelembapan.
4. Tak jumpa kulit limau kering?
5. Kalau tak suka makan buah, boleh ke tak letak buah?
Kau cari kat kedai mana tu dik, kalau kedai runcit biasa kau beli rempah ikan sepeket tu memang tak ada ya. Tesco pun silap silap tak ada. Kau kena pergi kedai bahan baking ya selalunya ada jual di kedai baking. Tapi jika tak jumpa juga guna pilihan lain yang lebih praktikal. Kekny guna Lemon Sunquick murah murah jurrrrr. Sama je fungsi dia. Rasa dan bau kelimauan dan kelemonan hehehe
5. Kalau tak suka makan buah, boleh ke tak letak buah?
Kau dah kenapa dik, tak makan buah tapi nak juga buat FRUITS Pastry Cake! hahahahahahahhahahahhaah. Actually bila kita tak letak buah, ianya akan jadi Sour Cream Buttercake. Resepinya sama je. Kau letak apa je kau suka dik.
Tips Buah Tak Jatuh Ke Dasar Kek
Buah jatuh ke dasar kek? Ini soalan paling biasa Kekny terima untuk resepi Kek Buah Kukus. Tapi untuk Fruits Pastry Cake ni situasi dia lain sikit. Kalau buah nampak tenggelam tetapi masih nampak buahnya diatas itu adalah perkara biasa, sebenarnya buahnya tak jatuh pun tapi adunan kek yang naik ke atas dan membenamkan sedikit buah.
Kena faham definasi jatuh, tenggelam atau karam terus kedasar. Maksud yang bertanya ialah buahnya karam terus ke dasar kek sehinggakan permukaan kek nampak kosong hahahahahahhaa.
Bayangkan situasi ini, elok saja tadi susun buah-buah peach dan pelbagai jenis berries dengan cantik atas kek, lepas susun siap upload gambar tersebut kat sosial media, elok bakar je tiba-tiba buah kau hilang! Hilang semuanya! All of it! Semua jatuh terbenam ke dasar kek yang paling dalam. Dan kau juga jatuh terduduk di depan oven, kemudian ada bunyi notifikasi komen dari facebook masuk "nanti upload gambar kek dah siap bakar ye" hahahahahhahahaha. Dapat bayangkan situasi penuh kekecewaan tersebut. Ya ianya ada terjadi dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tips buah tak jatuh ni cukup mudah.
Adunan kek lepas masuk tepung akhir sekali, jangan overmix atau terlebih pukul. Kau pukul lama lepas masuk tepung tu memang kalau susun buah akan jadi tenggelam. Bila overmix kek lepas bakar juga cepat jadi kering dan berderai.
2. Buah Kena Kering
Selain itu, untuk elak buah jatuh, buah jangan terlalu berair. Buah mestilah dilap kering, baru dipotong dan disusun. Jika buah terlalu berair juga lepas lap, gaul dengan tepung jagung, gula icing atau gula castor sedikit. Buah peach tu pun saya lap sedikit air gulanya.
4. Saiz Acuan
Acuan pula jangan terlalu kecil dengan jumlah adunan kita. Acuan kek kecil akan membuatkan kek naik tinggi ke atas, dan adunan yang naik ke atas menolak buah ke bawah.
5. Hentak Supaya Kek Sama Rata
Hentak acuan kek yang berisi adunan kek 2-3 kali sebelum susun buah diatas. Jika ada space kek tak rata didalam, ianya akan rata jadi tak adalah buah tenggelam disitu
6. Susun Buah Rapat Rapat
Susun buah rapat rapat supaya kek naik sekata bukan naik di bahagian tak ada buah sahaja. Tengok yang Kekny buat, kekny susun buah agak jarang, Kekny pun tak tahu masa buat, dah buat baru faham konsep dia. Kena susun buah rapat sikit jadi dan kurangkan space antara buah tu atas kek, sebab nanti bila bakar, adunan naik tinggi dibahagian yang tak ada buah tu . Jadi buah kita akan terbenam di sebalik kekembungan bahagian tak ada buah tu (bukan tenggelam tau) hahahaha.. eh faham ke tak ni? hahahaha
Resepinya ada dibawah ya, Kekny tulis santai santai sahajalah sebab tak bosan sangat untuk dibaca. Macam tak tahu kau orang, malas nak membaca, resepi pun tak nak baca, dah silap tak ikut step kau tanya lagi soalan yang dah ada kat blog hahahaha.
Sebelum kau orang menangis baca resepi dibawah kena guna sour cream, dan kau tak tahu apa itu sour cream dan tak ada sour cream atau tak tahu nak beli dimana, baca di sini Cara Buat Homemade Sour Cream
Resepi Fruit Pastry Cake
Untuk acuan petak 8 x 8 inci. Jika nak buat acuan 9 inci pun boleh (tulis siap siap nanti ada je tanya haha)Bahan-bahan
210 tepung naik sendiri
100 gm butter bermutu - yang harganya atas RM 7 seketul senang habaq hahahahahah
100 gm sour cream
140 gm gula castor - resepi asal 160g
1 sudu kecil creamy vanilla Essence – esen vanilla biasa pun boleh tapi tak berapa nak wangi
3 biji telur size A atau B
Buah Strawberri, Peach atau apa sahaja Berries yang kau boleh petik kat pasaraya berdekatan
1 sudu kecil garam - Optional, Kekny suka letak garam dalam kek, jangan kau letak ajinomoto sudah
Cara Penyediaan :
Pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji
Masukkan creamy vanilla essence, perisa lemon sunquick
Sambil mesin berputar perlahan, Masukkan 1/3 bahagian tepung
Masukkan ½ bahagian sour cream
Masukkan 1/3 bahagian tepung
Masukkan baki lagi ½ bahagian sour cream
Akhir sekali Masukkan baki lagi 1/3 tepung. Cukup adunan rata terus stop mixer. Atau masa masuk tepung akhir tu kau kaup kaup je pakai spatula.
Masukkan dalam acuan kek, dan susun buah.
Bakar selama 45 minit suhu 160C sehingga masak. Cucuk tester dulu ya, jangan yakin 45 minit terus keluarkan, sebab oven kita ni tak sama perangai dia. Nak garing ke putih ke atas ikut citarasa masing masing.
Dah siap bakar, keluarkan dan biar sejuk sepenuhnya sebelum ditabur gula icing dan dipotong. Guna pisau panjang roti yang gerigi ya bukan pisau bawang mak kau. Nanti buah atas lari habis terkeluar dari kek, kena bawang dengan makcik bawang tahu nak nangis.
Ok selamat mencuba ya!!
15 Comments
sedap kek ni.. my mom dua tiga kali lah jugak buat fruit pastry cake ni.. memanggg daboommmmmm..
ReplyDeleteasyik nampak je kek ni lalu kat timeline fb
ReplyDeleteHahahaha..part nanti upload gambaq kek yg dh siap tu lawak..haha..nnt nk try jugak la buat..mtk halal resepi ye
ReplyDeletehaihhh..bila la nak try buat. tengok pun terliur. Saya suka kek yg ada buah2 ni
ReplyDeleteTrgn buat yg garing.. Tp tak tau cmne.. Tmbah masa ke or cmne heheheh
ReplyDeleteMcm mana nak buat bg garing tu eh
ReplyDeleteAlaa..haii sedapnye..bila la nk buat ni..nak g cari bahan tu yg xtau bila..kena cpat bertindak ni..minta halal resepi ya sis
ReplyDeletesedap...nanti nak cuba resepi Eny ni kalau ada kelapangan..heehhe
ReplyDeleteSedap mesti nak cuba
ReplyDeletesurinah.com
Wow...tq kekny
ReplyDeleteSedapnya rasa macam nak buat jer resipi ini hehehe ok kita akan cuba..
ReplyDeleteBoleh kukus?
ReplyDeleteHi, nk tanya, klau guna Sunquick Lemon tu, kena letak brp byk ye. Tq
ReplyDeleteHi, nk tanya, klau guna Sunquick Lemon tu, kena letak brp byk ye. Tq
ReplyDeleteHi, klau guna Sunquick Lemon tu kena letak brp byk ye. Tq
ReplyDelete