Sebelum tu tunjuk nasi kandar yang kami makan di Restoren Original Kayu Nasi Kandar Penang (entry di SINI).
Ok sebagai penutup cerita hotel yang ringkas ni, terimalah selfie dari kami yang dah kertu ni hehehe
Ramai pula tanya hotel yang Kekny dan DH check in masa kami ke Penang beberapa minggu lepas. Maklumlah ramai sekarang tak percaya review di website booking hotel sebab banyak review yang seperti di adakan sahaja. Hakikatnya bila sampai hotel tak setimpal dengan bayaran yang dibayar untuk bilik. Paling teruk ialah isu kebersihan. Tak boleh tahan lah kan guna tandas bilik hotel kotor ni. Ok hotel yang kami check in ialah Hotel Sentral Seaview yang terletak di Tanjung Bungah Penang.
Review Hotel Sentral Seaview
Sebenarnya kami dah banyak kali datang ke hotel ni. Dulu ianya dikenali sebagai Naza Taliyya Hotel. Lepas tu kami stop sekejap sebab cari hotel ni dalam website booking tak jumpa pula, rupa dah tukar nama ke Hotel Sentral Seaview.
Bilik agak luas, dengan katil size super queen. Bili air pun tak kecil sangat, selesa untuk mandi dan bilik airnya bersih, tekanan air kuat, heater berfungsi, toiletries dan hair dryer disediakan. Iron boleh ambil kat bahagian luar bilik.
Hotel ni betul tepi pantai. Dulu boleh turun dari tepi pool terus ke pantai. Sekarang kena guna jalan dari arah luar tepi hotel. Sebab hakisan, tangga kat bahagian pool tu dah roboh.
View dari bilik hotel nampak la sikit laut. Nak ambil pemandangan seaview penuh pun ada dengan harga beza pun tak banyak. Kami book last minute jadi lah view bumbung rumah pun hehehe.
Hotel ini juga menyediakan sarapan pagi buffet style. Buffet nya boleh tahan banyak menu disediakan seperti nasi lemak, nasi goreng, bubur, toast, kek, pancake, cereals, telur goreng, kuih muih dan sebagainya. Ada juga mee kari, roti jala tapi tak termakan kami. Pagi pagi ni DH cuma cari nasi, dan Kekny suka simple sahaja.
Ok sebagai penutup cerita hotel yang ringkas ni, terimalah selfie dari kami yang dah kertu ni hehehe
3 Comments
omnomnom dapnya . dah macam time AFB Funday dulu je hihi. #rindu
ReplyDeleteNampak kamera tu..teringat diri ku yang juga suka tangkap gambar2 ..terbaik
ReplyDeleteComel tu. Selalu nampak hotel ni tapi tak pernah cuba singgah lagi. Nampak menarik juga.
ReplyDelete