Kalau hang pa mai ke Penang, jangan lupa pekena Nasik Kandaq naaaa. Nama saja Kekny ni duduk Alor Setar, pergi Penang pun selalu. Tapi kami ni jarang makan nasi kandar hahaha. Sebab tu kami pun tak tahu nasi kandar mana yang sedap di Penang. Cuma mengikut review kawan kawan yang tinggal di Penang, ramai cadangkan Nasi Kandar Deen Maju. DH Kekny pula tak suka tempat ramai orang ni, sebab katanya Deen Maju ramai orang dan kena beratur, memang tak lah dia nak pergi kedai makan bersesak sesak. Tak selesa katanya. Jadi kami akhirnya pilih Original Kayu Nasi Kandar di Bayan Lepas, Penang. Ramai kata tak payah beratur. Mana tahu dah sampai, ramai juga hahahaha. Kena beratur juga 20 minit. Tapi katanya Deen Maju sampai 1 jam, bersyukur jugak lah kami kena 20 minit saja hahaha.
Antara ciri ciri suami yang baik, ialah tolong beratur order nasi kandar hahaha. Isteri cuma goyang kaki sambil ambil gambar.
Selepas 20 minit. Dengan bangganya tunjuk sepinggan nasi kandar. Macam lah kau yang beratur kan!
Selera kami tak fancy sangat, sekadar ayam goreng berempah, udang dan telur masin. DH kata tak nampak sotong pula. Bendi tu Kekny dah pesan kat DH nak 3 hahahahaha. Suka bendi kat restoren mamak ni rangup je, Kekny rebus bendi mesti lembik kahkahkah!
Review Original Kayu Nasi Kandar Penang
Sedap juga rasanya. Kekny suka sebab kuah campur dia tak extra manis seperti nasi kandar di Kedah. Tak terlalu berminyak, nasi pun peroi elok. Ayam goreng berempah sedap, udang walau pun digoreng masih juicy di dalam. Cuma bila digaul nasi dan kuah sekali semasa makan tu kombinasi macam tak berapa nak kick. Macam ada yang kurang, macam ada satu rasa tak sampai, tapi tak tahu apa hahaha.
Dari segi kebersihan, restoren sangat bersih, persekitaran sangat selesa, cuma lantai dibahagian luar tak sama rata, jadi banyak mejanya senget. Ada ruang selesa didalam berhawa dingin. Disebabkan hari tu hujan, kami malas nak bersejuk didalam. Harga 2 pinggan nasi bersama lauk pauk yang kami ambil ialah RM 54. Murahlah sebab udang 3 ekor tu besar. Rasanya udang seekor RM10.
Tapi kan esoknya kami bungkus nasi kandar tak ada brand hahahahahhaha (actually nasi kandar dari kedai biasa di Gurney Drive Food Court tu saja) tapi rasanya memang sedap tak tau nak habaq!
Lauk ayam goreng berempah, daging masak hitam dan sayur. Aduh makan sampai licin. Kami beli sebungkus, nasi lebih. Makan share berdua kat bilik hotel.
Masala Vadai Vs Vadai
Oh baru tahu keduanya ialah Vadai cuma Vadai biasa, kacangnya hancur dan lembut serta ada lubang ditengah (macam donut) dan Masala Vadai (Kekny panggil Masalodeh dari perkataan Masala Vadeh) pula kacang dhalnya separa hancur, letak pelbagai rempah, daun kari, dan teksturnya rangup. Kuih ni dipanggil Indian Snack. Beli dekat Original Kayu Nasi Kandar. Sedap ok keduanya!
Bagi yang cuba nasi kandar ni, boleh ke :
4 Comments
Adakala Saya pun makan di Nasi Kandar Kayu. Tapi sebenarnya dah lama tak makan.
ReplyDeleteSebab kawan-kawan lebih suka ajak ke Deen Maju ataupun Rafee.
Deen Maju kalau Hari kerja jam 5.30 -7 ptg biasanya Tak ramai. Jadi waktu inilah kami singgah makan.
Samalah Saya pun Tak suka beratur panjang.
Macam singgah di Ipoh tempohari, nak makan Nasi Ganja, tapi panjang sangat terus batalkan niat.
ReplyDeleteItu belum nak berebut meja memandangkan kedai Tak sebesar Deen Maju
wow.. memang mengancam betul semua makanan tu. udang tu besarnyaaa
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
tak boleh la hai tengok nasi kandak ni, la ni rasa nak mai penang dah :D
ReplyDelete