ASSAM PRAWN

Resepi Assam Prawn ni paling mudah nak buat. Tapi rasa dia memang sedap dan menjadi kegemaran Kekny. Kalau dengar nama mesti orang terbayang masamnya hahaha. Tapi jangan risau ianya masam yang sedap dan masam asam tu di seimbangkan dengan kicap manis yang di letak bersama. 


Kalau tak silap ini menu kaum cina. Eh tak pasti pula. Sebab jarang jumpa di restoren Melayu. Apa pun korang kena try tau menu ni. Asyik-asyik buat sambal udang je jemu jugak kan. Mana yang nak berbiaga nak tambah resepi lauk tu boleh la. Boleh juga buat hidangan ala nasi paprik. Tukarlah nama Nasi Assam Prawn atau Nasi Udang Asam Jawa hehehe.


Resepi Assam Prawn

Bahan : 
1/2 kg Udang bersaiz besar atau sederhana
2-3 sudu besar pes Asam Jawa ( Saya paka pes asam jawa Adabi)
3 Sudu besar sos tiram
4 Sudu besar kicap pekat - atau secukupnya ikut nak warna pekat ke tak.
2 ulas bawang besar dipotong tebal
Minyak untuk goreng.

Bahan tumis 
5 ulas bawang putih diketuk

Cara penyediaan :
Perap udang dengan pes asam jawa, sos tiram, kicap pekat selama 1-2 jam. Kemudian asingkan udang dan bahan perap.

Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Goreng garing pun sedap. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak gorengan udang tadi sedikit sahaja dan tumis bawang putih. Masukkan bahan sos perap udang yang kita dah asingkan tadi. Masak sampai pekat dan masukkan bawang besar. Rasa garam dan gulanya.  Boleh tambah bancuhan tepung jagung. Tapi selalunya sos dan kicap akan pekat dengan sendirinya. Juga boleh tambah kicap atau sos tiram jika naka seimbangkan rasa kuahnya.

Curahkan kuah tadi atas udang yang digoreng. Siap!


Post a Comment

3 Comments

  1. wauu close up gambar yang cantik dan udangnya nampak sedap

    ReplyDelete
  2. tak pernah jumpa pula lauk gini.. menarik..

    ReplyDelete