Tips Hias Kek : Cara Buat Tanduk Unicorn Yang Kemas

Kek Unicorn sangatlah popular dan trending sekarang. Jadi kena beajar juga cara menghasilkan Kek Unicorn yang kemas dan cantik. Jom belajar cara buat tanduk unicorn yang "sopan" if you know what i mean hehehe. Sebab ramai bakers Kekny tengok failed buat tanduk unicorn yang kemas dan nampak agak kurang sopan. Ye lah kita orang muda tahu lah itu unicorn, tapi orang tua tua mesti tertanya tanya kek apakah itu dan kenapa ada sebatang atas tu macam hehehe


Jadi kalau nak buat bentuk tanduk, buat lah kemas dan betul nampak tanduknya. Supaya tak ada yang salah anggap kek kita. Ok jom Kekny tunjuk cara senang dan mudah untuk buat tanduk unicorn ni berbanding cara lilit yang kebanyakan ramai bakers gagal. Ini cara saya. Saya tak suka buat cara lilit sebab nak dapatkan tanduk yang tajam, sekata dan licin elok serta kemas.


Cara Buat Tanduk Unicorn Untuk Kek Hiasan

Ambil fondant dan bentukkan kon panjang. Hujung tu mestilah TAJAM. Jangan sesekali tumpul. Yang tak tajam tu jadi bentuk yang bukan bukan tu. Ambik pembaris ukur 1 inci dan tanda atau buat titik ukuran 1 inci dari atas sampai bawah. Tanda 4 bahagian depan tepi kiri kanan dan belakang.


Pakai tools fondant yang Kekny tunjuk yg tajam dan buat garisan halus ikut tempat yang kita ukur dan tanda. Bagi sambung titik titik yang kita tanda tadi.



Pakai tools kedua kita nak buka garisan tu supaya jadi alur.


Tools ketiga kita guna untuk haluskan garisan lupa alur supaya sedikit membulat dan tak lah tajam sangat.


Ulang ulang buat pakai tools sampai dapat alur dan jalinan tanduk yang perfect. Boleh cucuk tanduk pada chopstick kayu atau lidi. Keringkan sampai keras dan cat warna gold.


Tanduk yang siap di cat dengan warna gold


Harap dapat membantu para bakers di luar sana dalam menghasilkan kek Unicorn yang cantik dan kemas ya


Video Tutorial Unicorn Cake di Youtube channel Eny Abdullah



Post a Comment

1 Comments

  1. kreatifnya. semoga menjadi ikutan kepada peminat bakers

    ReplyDelete