Kali pertama rasanya Kekny makan shell out di luar ni. Sebelum ni masak sendiri je. Tapi kali ni sebab masing-masing sibuk dan kebetulan ulangtahun kelahiran Maktok pada 7 April lepas, maka kali ni ber Shell Out kat luar lah. Sebab selalu tengok kat facebook orang Jitra dan Alor Setar update tentang Shell out Arab Kitchen ni yang katanya menu shell out dia paling sedap. Jadi kami pun nak juga merasa betulkah sedap?
Shell Out Arab Kitchen Alor Setar Kedah
Pertama sekali, jangan terperdaya dengan nama Arab Kitchen, ianya bukanlah restoren menghidangkan makanan arab atau pantai timur dan menu nasi arab memang tak ada hehehe. Kebanyakan menu ialah seafood, western, ada ikan bakar, kerang bakar dan juga asam pedas.
Menu shell out disini ada 1 set sahaja dan 1 set boleh di share 2 ke 3 orang. Kami order 2 set malam tu. Satu set dalam RM39 kalau tak salah. Lupa nak check harga betul- betul kat menu. Didatangkan dengan nasi dan boleh minta tambah jika tak cukup.
Shell out di Arab Kitchen ada ketam, udang besar, sotong, lala retak seribu dan kepah. Yang kami makan semalam memang rasa seafood tu fresh dan tak berbau. Memang betul la Arab Kitchen ni menjaga kualiti bahan masakan mereka. Sebab ada kalanya Kekny tengok mereka sanggup tutup kedai jika kehabisan stok makanan laut. Sebab mereka beli bahan mentah tak disimpan lama bagi menjamin kesegarannya.
Untuk rasa kuah sambalnya memang sedap dan cukup rasa. Ada rasa berempah sikit, pedas manis dengan aroma daun kari. Pedas sederhana dan sesuai kalau kanak-kanak nak makan. Kekny tengok ramai juga kaum cina yang makan disini. Kalau di Kedah ni jika ada kaum cina datang makan kat restoren Melayu, itu tandanya kedai tu sedap hahaha betul lah.
Sedikit cadangan kepada Arab Kitchen, kalau boleh tambah sedikit sayuran macam brokoli, jagung, atau letak pilihan ulam seperti timun dan mungkin juga petai mungkin akan bertambah sedap sebab kepekatan kuah sambal tu buat kita mencari sesuatu yang segar dan rangup untuk keseimbangan rasa.
Udang dia memang besar. Puas hati makan. Portion pun banyak. sampai kami kena order nasi tambah sebab kuah sambal tu sedap betul digaul dengan nasi hahahaha
Nanti kami datang nak cuba asam pedas dan ikan bakar Arab Kitchen pula. Tunggu semua berkumpul balik baru best order banyak-banyak menu, nak makan pun tak penat hehehe
Restoren konsep terbuka macam ni sangat selesa. Tak panas dan cahaya terang. Cuma tolonglah peniaga bukan sahaja Arab Kitchen, tapi ramai peniaga lain letaklah kerusi yang selamat sikit. Kerusi plastik murah memang jimat tapi agak bahaya. Ada makcik semalam terjatuh sebab duduk kerusi plastik yang goyah tu. Kekny pun takut takut nak duduk selesa maklumlah size terlebih hehehe..
Gambar ni dari Instagram Arab Kitchen @arabkitchen88
Ok kalau korang nak datang ke sini Shell Out Arab Kitchen ni berada depan Airport lama Kepala Batas. Betul betul dekat simpang 3 Kepala Batas, Alor Setar. Ada kedai bundle besar disitu.
Kalau dari highway keluar ikut exit Kepala Batas Bukit Pinang dan masuk balik jalan menuju ke Alor Setar, kena buat u turn sikit lah dan patah balik.
Nak senang waze atau google maps saja ok!
2 Comments
Memang sedap kak eny....
ReplyDeleteTapi baru ni kwn kata.. Sejak tukar tempat baru ni.. Harga naik sikit, dan rasa kurang sikit...
Wah menyelerakan betul ni kekny
ReplyDelete