Menjadi rutin bagi penggemar Chinese Food macam saya kalau ke Ipoh mesti mencari port tempat makan sebab di Kedah memang tiada chinese food yang halal. Tapi tidak di Ipoh. Memang mudah mencari. Selalunya kami ke Restoren New Hollywood (Baca di SINI SINI dan SINI juga SINI). Tapi tiada menu Dim Sum. Orang kata kalau hang ska chinese food, mestilah kena rasa dim sum. ini bukan frozen dim sum atau yang instant punya. Ini ialah dim sum yang betul betul disediakan dan dikukus dalam pengukus buluh. Dan akhirnya penantian berakhir apabila ada ternampak rakan di Facebook update tentang sebuah Cafe yang ada menu halal dim sum dan lokasi cafe ni betul-batul depan New Hollywood di Canning Garden. Wahh teruja betul nak pergi sebab dah tahu tempat. Alhamdulillah rezeki nak rasa dim sum halal dan sedap juga kan.
Ipoh Canning Dim Sum, Halal & Pork Free
Pilihan kami hari tu. Sebenarnya tak tahu nak pilih apa. Kami cuma ikut apa yang disyorkan pelayan kedai. Yang ni sedap, yang tu sedap kata depa. Dan kami pilih kebanyakan yang inti udang. Dim Sum disini kebanyakan ada isi ayam, udang dan campuran keduanya. Ada juga dari lala, kepah, abalone tapi itu dihidangkan dalam menu sebab harga sedikit mahal. Kalau yang diorang bawa dari meja ke meja ni selalunya harga dai RM4 ke RM6 sebekas. Murah kan!
Menarik signboard depa guna replika raga kukus dim sum tu.
Sebenarnya cafe ni dulunya sebuah rumah banglo corner lot yang dijadikan macam gallery atau office tak pasti pula. Jadi didalam bangunan memang ada deco yang cantik. Kami tak masuk sebab ramai makan didalam.
Bila tanya pelayan, dia cakap dalam penuh, maka kami pilih untuk duduk kat bahagian luar yang tak kurang selesanya juga. Cuaca masih sejuk sebab kami datang pagi dalam pukul 9.00 am.
Nak parking kereta nampak tu sampai depa cafe pun boleh.
Antara yang disyorkan Siu Mai. Paling popular katanya. Memang sedap dalam tu campuran isi ayam dan udang sangat juicy! Kami makan memang tak cecah sos langsung walau ada sos diberi. Rasa original tu memang sedia manis dan segar sampai kami takut bila cecah sos boleh mengubah rasa sedap dia hahahahah
Har Gow ( Dumplings) dalam isi udang sekor sedap terbaik! Tak tau nak habaq
Lala Mai ni macam Siu Mai, cuma intinya diletak dalam kulit lala dan bawah tu ada isi lala masih melekat dikulitnya, seeeedaaapppppppnyaaaaaa.. dia punya fresh dan juicy, dan air lala tu manis meresap masuk dalam isi dim sum tu..
Mereka offer lagi, kami pilih lagi beberapa kegemaran terutama Siu Mai dan Lala Mai. Walau perut dah hampir kenyang hihihi.. diet mana diet?
Kegemaran saya kalau ke New Hollywood, mesti order Hong Kong Style Chee Cheong Fun. Tapi disini juga ada menu sama, maka saya kena order juga lah! Cumanya saya rasa kat New Hollywood lebih sedap, especially kat New Hollywood portion udang dalam Chee Cheong Fun dia memang banyak!
Yang bergoreng pun ada. Macam-macam ni sepinggan RM 5 atau RM 8 sahaja ikut jenis bahan digunakan. Ada Bean Curd (macam fucuk) gulung berinti digoreng. Ada juga kuih lobak putih (white raddish cake atau kue lobak)
Dumpling daun bawang. Sedap dan lembut betul rasa macam makan cucur udang! Harum daun bawang dalam tu bila kita gigit semebak keluar.
Fried Radish Cake sedap yang ni. Macam kuey teow goreng rasa dia cuma dia guna radish cake iaitu lobak putih yang dibuat macam kuih talam dan dikukus kemudian di potong kecil dan kemudianya digoreng bersama telur dan taugeh. Lembut sahaja radish cake dia dan ada rasa udang kering sikit didalam radish cake tu. Kalau tak nak versi goreng pun ada, macam kuih talam berlauk rasa dia.
Mereka juga offer 5 flavour lava pau, tapi kami dah terlalu kenyang. Next visit ke sini pasti akan order. Katanya inti pau ni macam lava. Melimpah!
Bagi penggemar daging itik! Mereka juga ada tauu! Sebab tak makan itik maka kami tak lah ambil hehehe
Dan kesemua diatas hangpa wajib makan bersama kopi Ipoh. Nak sejuk atau panas semua ada. Kami pilih kopi ais sebab tekak dahaga sangat. Bila sedut kopi ais sejuk lalu kat tekak, segar sungguh. Mintak kurang manis, memang dapat kurang manis dan masih sedap lagi. Bau kopi dia punyalah harum wangi... hairan kan mana orang Ipoh ni dapat kopi sedap. Nak kata depa tanam sendiri kopi, dak pun!
Landskap bahagian luar sini juga cantik sangat!
New Hollywood depan tu sahaja. hihi
Ok muslim yang nak mencuba Canning Dim Sum ni jangan risau ya sebab mereka ada sijil Halal (gambar dari Facebook Canning Dim Sum di SINI )
Total kami makan disini hari tu untuk 2 orang hanya RM 61.00 sangat murah sebab kalau makan dim sum di hotel harganya mencecah ratusan ringgit. Bahan yang digunakan sangat fresh dan kebersihan juga terjamin. Terima kasih juga dengan layanan mesra dari pelayan restoren dan sabar je tunggu kami pilih makanan dan sedia memberi info jelas tentang makanan yang kami tak berapa familiar. Terima kasih!
Facebook : https://www.facebook.com/canningdimsumipoh/
Canning Dim Sum (HALAL)
No. 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning,
31400 Ipoh.
+605 541 5556
Hours: 6.30am-2pm; Off on Wednesday.
1 Comments
wow .. terima kasih atas review Ms :)
ReplyDelete