Cucur Jagung Pedas Rangup

Cucur Jagung Utara

Kalau cucur jagung ni memang kegemaran ramai kan. Tapi Kekny suka cucur atau orang utara panggil Coq Jagung Bilih versi pedas pedas manis sikit. Sebab tu dipanggil Cucur Jagung Pedas Ragup. Haaa macam jemput jemput bilis bawang tapi kita tambah jagung. Hang pa kena try na!



Ni makan panaih panaih waktu cuaca hujan sepiring tu sat saja licin. Ok jom tengok resepi mudah je. 


Kekny tambah tepung beras dalam adunan. Jadi dia rangup rangup kat luar dan lembut kat dalam. Kalau jenis suka lembut je, tak payah masukkan tepung jagung ya.

Nak resepi cucur udang berjagung KLIK SINI  
Nak Resepi Cucur Udang Utara KLIK SINI 



Resepi Cucur Jagung Pedas Rangup


Bahan-bahan

500 gm tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
3 cawan jagung
1/2 cawan ikan bilis
2 biji bawang dipotong dadu kecil
2 batang daun bawang atau kucai pun sedap
1-2 sudu teh garam
3 sudu besar gula
Air secukupnya - sukatan adjust masa bancuh

Cara penyediaan

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehinggallah adunan jadi pekat likat, tak terlalu cair. Lepas bancuh biarkan sekejap dalam 1 jam (peram) sebelum digoreng. Ini tips untuk cucur kembung elok dan lembut.

Goreng dalam minyak api panas semasa masukkan tepun

Post a Comment

2 Comments

  1. suka cucur jagung yg pedas...versi manis kurang sikit...

    ReplyDelete
  2. hmmmmmm sedapnya. nak kena cari jagung dan buat lah. hehehe

    ReplyDelete