Percutian pendek kami 2 minggu lepas ke Penang saja. Walaupun jerebu agak teruk dengan IPU mencecah 200, tapi sebab masa itu sahajalah yang free pun maka hendak tak hendak, pergi jugak lah. Dah stress sangat menghadap kerja di pejabat. Dan kami kalau datang Penang ni bukan nak kemana-mana pun sekadar nak jalan jalan cari makan terutama misi kami mencari the best Nasi Kandaq yang hanya terdapat di Penang.
Kami menginap di hotel yang agak baru di sini iaitu Hompton By The Beach di Tanjung Bungah. Disebabkan hotel ni hotel baru maka ratenya masih affordable walaupun taraf hotel ni ialah 4 bintang!! Jika bercuti sebab nak berehat, saya suka pilih hotel yang selesa.
Review Hotel Hompton By The Beach, Tanjung Bungah, Penang
Ok jom nak review sikit tentang hotel best ni. Kami sampai ke Penang dalam lebih kurang jam 2 petang. Sebelum tu kami bercadang nak ke Nasi Kandar Deen Maju. Tapi nindiaaaa sampai sampai sampai penuh dah orang semua dok beratuq. Hangpa orang Penang tak bagi can langsung kami nak rasa kan hahahaha. Maka terpaksa tukar plan, kami tapau saja lah nasi kandar sebab nak check in hotel cepat. Bukan apa dengan jerebu tebal sangat dan I dah feel sesak dan lelah dah masa tu.
Alhamdulillah my DH kata beratur walau agak panjang, tapi dari segi masa, cepat sebab ada 2-3 kaunter atau orang yang serve. Ooh begitu.
Ok review nasi kandar Deen Maju nanti cerita kat entry next ya. Jom review hotel dulu.
Hotel Hompton dari pandangan luar. Sangat gah dan tinggi terdiri dari 32 tingkat. Parking nya di bahagian atas tingkat 1 sehingga tingkat 5 kalau tak silap. Jadi jangan risau bab parking hotel ni memang cukup. Dan parking dia memang seaview hangpa! Parking betul menghadap laut!
Urusan check in pun cepat, disebabkan ada kekeliruan tentang
credit card, staff minta maaf dan terus bagi kami bilik di tingkat 31 yang
katanya view sangat cantic dan ada dua view iaitu view ke laut dan view city.
Fewwwww!!!
Naik lif ke tingkat 31 punyalah laju. 1 minit saja berdesup sampai tingkat atas. Dan bila masuk ada warm welcome untuk guest kat screen TV siap tertulis nama
guest kat situ. TV pun ada banyak siaran termasuk siaran movie dan sport.
View dari tingkap kaca bilik kami.. Jerebu teruk kan tapi view laut tetap indahhh
Bilik agak luas, almari lengkap dengan iron, bathrobe,
payung, security box. Ada mini bar dan macam biasa lengkap dengan air minum, tea
dan coffee.
Dan kalau check in ke hotel ni, saya paling titikberatkan keselesaan katil dan tilam. Syukur katil dan tilam sangat selesa, lembut tapi firm. Bantal memang dapat 4. Paling stress kalau sesetengah bilik hotel hanya beri 2. hahahah .
Memang dah tahu kalau 4 star
hotel, tilam memang beginilah standardnya, walau katil dan bilik deko biasa
sahaja, tapi tilam dan bantal yang selesa memang tiada kompromi.
Baca review Hotel Sentral Seaview di SINI
Baca review Hotel Sentral Seaview di SINI
Bilik air macam biasa luas dan selesa. Dan dinding shower
see through ke bahagian katil hehehe… jangan risau sebab ada blind curtain
boleh tarik ke bawah. Kalau hangpa baru kahwin pi honeymoon tu boleh la feeling mandi, laki tengok dari katil. Kalau macam kami ni memang nightmare lah kahkahkah
Vie dari tingkap depan katil. View city.
Breakfast kat Hompton Hotel ni banyak pilihan juga. Tapi macam biasa kami makan yang simple saja.
Add caption |
Kafe dibahagian bawah lobi hotel. Rasanya hanya dibuka waktu malam.
Boleh turun ke bawah kalau rasa nak mandi laut atau nak rendam kaki atau sekadar nak berjalan tepi pantai.
Boleh dikatakan hotel ni lengkap untuk basic needs korang, ada juga swimming pool di tingkat atas, gym, sauna dan spa. Jadi kalau rasa nak ke Penang boleh la try book sebab sekarang hotel ni masi lagi affordable rate.
Hompton By The Beach
533, Jalan C M Hashim, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Phone: 04-373 3233
0 Comments