Dah lama dengar Deen Maju tapi rasanya belum lagi. Kunjungan kami ke Penang 2 minggu lepas memang semata-mata nak rasa Nasi Kandar Deen Maju yang sangat famous ni. Tercapat juga hasrat nak rasa.
Gambar didalam kedai Deen Maju di Jalan Gurdwara, Georgetown Penang. Orang tok sah cakap, memang ramai. Walaupun datang pukul 2, dan kedai buka 2.30 petang, tapi orang dah ramai beratur kat luar kedai. Jadi disebabkan keadaan sesak dan jerebu sanngat tinggi masa tu, kami memilih untuk tapau (bungkus) sahaja lah untuk dimakan di hotel
Ada pilihan Nasi Kandar Ayam Berempah, Nasi Tomato dan Nasi Dalca. Pilihan kami semestinya Nasi Kandar Ayam Berempah kuah campur, tambah sotong masak kari, telur rebus dan bendi kena ada extra.
2 bungkus ni RM 14.50. Murahhh!
Layan pula dengan teh o suam, kat bilik hotel kami di Hompton By The Beach ( Review hotel boleh baca disini ), makan sampai menjilat plastik. Punya sedapp!
So apa pendapat saya tentang Nasi Kandar Deen Maju?
Rasa campuran kuah kari sangat sedap, karinya terasa rempah tetapi tak ada bau yang terlalu "garang" dan menyengat macam sesetengah nasi kandar, which saya suka versi macam ni. Tahap kepedasa juga balance. Jumlah kuah kari dan nasi perfect. Tak terlalu banjir dan tak terlalu kering. Ayam berempah the best, sebab still juicy dan lembut, kerak dia terasa rempah dia. Sotong pula sangat lembut, lembut style dimasak lama ya. dari 10 saya bagi 8.5!
Restoren Nasi Kandar Deen Maju
Alamat: 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang
Masa operasi : 2.30 petang - 10 Malam
Phone: 012-425 2421
1 Comments
syabas kerana anda berjaya beratur untuk beli. hehehe
ReplyDelete