Sayur Rebus Manis Kulit Tembikai

Kulit tembikai boleh dibuat sayur? Ya adik kakak sekalian, kulit tembikai kalau dibuat sayur rasa dia macam buah kundur je. Sedap dan lembut tambah rasa manis manis tu kan. Zaman PKP dan Covid 19 ni kadang nak keluar beli sayur pun susah guna ja apa ada kat rumah. Buat Sayur Manis Kulit Tembikai pun sedap kan!


Resepi ni dipanggil sayur manis atau sayoq manih. Resepi orang utara menggambarkan sayur tu direbus sahaja dengan bawang dan tanpa tumis apa apa. Manis tu datang dari sayur kita guna contohnya kalau buat bayam, boleh campur kentang, labu, kundur,  atau guna kulit tembikai ni. Kadang tu kalau tak berapa rasa manis, masuk sikit gula sikiitttt ja nak bagi rasa manis hujung hujung dia. Bagi yang berdiet resepi sangat sesuai. Boleh ganti dengan sayur lain ya contoh boleh tengok entry ni Sayur Manis Rebung dan  Sayur Manis Kundur


Kekny makan dengan bubur nasi dan ikan masin. Aduhhhh terangkat! lauk ni kalau masak memang Kekny ratah je terus, hirup kuah tu letak nasi lembik lembik ke.. fuh!






Resepi Sayur Manis Kulit Tembikai


Bahan-bahan 
1 mangkuk kulit tembikai dibuang kulit hijau keras dan cuci bersih
1 sudu besar udang kering direndam Optional
3-4 batang cili padi
1 sudu kecil belacan
4 ulas bawang merah dihiris nipis
Garam dan gula secukup rasa.


Cara penyediaan

Tumbuk kasar cili padi dan belacan.

Satukan kundur, bawang merah, bahan tumbuk udang kering dan air secukupnya. Masukkan garam dan gula.

Rebus je sehingga kundur tu lembut dan masak. Siap.

Post a Comment

2 Comments

  1. Teringat dulu2 arwah tok duk buat. Lama dah tak makan

    ReplyDelete
  2. Ok tq share resipi. Nextime nak try buat.

    ReplyDelete