Daging Masak Kicap Bawang Goreng

Hai semua. Hari ni nak share resepi Daging Masak Kicap Bawang Goreng yang sangat sedap. Bukan masak kicap biasa-biasa ya sebab masak kicap yang satu ni renyah sikit dan bahan pun agak banyak. Jadi lauk ni sesuai kalau nak hidangkan waktu raya bersama nasi minyak, nasi tomato dan sebagainya. Tapi nak buat lauk masak hari-hari pun boleh je sebab sedap sangat. Cuma masak kicap ni kena masuk bawang goreng sebagai perasanya. Jadi nak sediakan bawang goreng tu agak renyah dan ambil masa. Kalau nak cepat disarankan sediakan bawang goreng awal-awal dan rebus daging siap!


Rahsia Masak Kicap Lebih Sedap - Tambah Bawang Goreng

Kena pakai bawang goreng homemade ya. Yang digoreng tanpa letak tepung. Jangan pakai bawang goreng yang jual dalam bungkus tu yang keras nanti kuah masak kicap jadi kering diserap tepung yang salut bawang tu. Kebetulan ada saudara jual bawang goreng homemade jadi dapat lah buat masak kicap istimewa ni. Selalunya memang orang pakai daging saja. Kalau ayam tu tak pasti rasa dia jadi lagu mana. Sebab daging ni kita kena rebus dulu dengan kicap dan sedikit gula nak bagi rasa kicap dan manis meresap masuk dalam daging.


Sedap rasa masak kicap ni sebab bawang goreng tu selain menambah aroma, tektur kuah kicap akan jadi pekat likat melekat elok pada daging.


Ada juga Daging Masak Kicap resepi yang lain boleh KLIK SINI ya


Hidangkan dengan nasi minyak atau apa sahaja nasi pun sedap. Hari tu buat padankan dengan Nasi Pandan untuk RESEPI NASI PANDAN KLIK SINI

Ok bagi yang nak mencuba Kekny sarankan untuk jimatkan masa, rebus daging siap sehari sebelum dan siapkan bawang goreng terlebih dahulu. Bila nak masak lebih senang cuma tumis je. Jangan lupa cuba ya sebab rasa masak kicap ni lain dari yang lain!


Resepi Daging Masak Kicap Bawang Goreng

Bahan-bahan rebusan daging : 
1 kg daging
1 sudu gula perang atau gula melaka
1/2 cawan kicap pekat
1 batang kulit kayu manis
1 sudu besar lada hitam
Beberapa biji buah pelaga dan bunga lawang


Bahan dikisar : 
2 ulas bawang besar
8 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan lain : 
15 tangkai cili kering rebus dikisar halus
1 biji bawang holland dipotong baji
Sedikit minyak untuk tumis -guna minyak goreng bawang
Kicap jika perlu tambah - sesuaikan rasa
1 cawan bawang goreng buatan sendiri


Cara penyediaan boleh rujuk di video kat You Tube seperti di bawah. Jangan lupa subscribe my You Tube Channel ok!




Post a Comment

3 Comments

  1. Wow..menarik ni...nampak sedap Eny..thanks for sharing recipe..teringin nak masak macam ni la..lama akak x singgah sini..

    ReplyDelete
  2. sedap nampak daging kicap tu :-)

    ReplyDelete
  3. Allahu. lapaq nasik terus tengok daging masak kicap ni ^_^

    ReplyDelete