Mesti penggemar laksa suka kan sebab dalam banyak banyak laksa, laksa utara paling ramai yang suka. Rasa kuah laksa pekat dan masam dengan lemak ikan kembung dan ulam ulam sayur yang segar dan rangup. Kombinasi dia memang boom dalam mulut. Laksa utara ni tak susah nak buatnya dan tak perlu tumis apa apa. Hanya perlu satukan bahan bahan kisar dalam periuk dan didihkan. Jom Kekny share resepi laksa utara yang sedap dan mudah, dan sesuai bagi yang nak berniaga laksa.
Yang Kekny share ni bukanlah resepi asli laksa utara atau Laksa Kedah. Yang Kekny share ni ialah laksa hari hari yang kami orang Kedah dok buat dan makan, dan kalau yang berniaga pula laksa jenis ni lah. Tapi kalau hangpa nak resepi laksa asli negeri Kedah, hangpa boleh rujuk kat entry ini ya LAKSA KEDAH ASLI
Daun kesum, orang Kedah panggil daun cendehom wajib ada selain bunga kantan. Kami letak banyak daun ni dalam kuah laksa. Lepas tu rebus sampai kuah tu naik mendidih dan lama lama sampai hilang buih buih dekat kuah barulah tutup api. Nak sedap lagi, kuah tu sediakan sehari sebelum. Esoknya asam keping dalam kuah tu dah kembang, isi ikan pun kembang, dia jadi lagi pekat lagi sedap!
Jangan guna bawang putih dan jangan tumis. Kuah laksa yang seda hanya direbus tanpa minyak dan tak menggunakan bawang putih didalamnya
Masak awal kah laksa seeloknya malam sebelum supaya bahan dalam kuah lebih mesra dan sebati.
Isi kena asingkan dari tulang, dan kita kisar hanya tulang ikan untuk ditapis. Fungsi tulan ikan ni sebab manis dia ada di tulang ikan ni.
Tips Kuah Laksa Sedap
Ikan mestilah segar. Sebaiknya guna ikan yang banyak isi tebal seperti ikan selayang atau sardin yang saiz sederhana besar. Isi ikan tebal dan besar ni akan bagi kuah laksa ada serat serat besar yang memekatkan kuah dan jadikan kuah lebih sedap.Jangan guna bawang putih dan jangan tumis. Kuah laksa yang seda hanya direbus tanpa minyak dan tak menggunakan bawang putih didalamnya
Masak awal kah laksa seeloknya malam sebelum supaya bahan dalam kuah lebih mesra dan sebati.
Isi kena asingkan dari tulang, dan kita kisar hanya tulang ikan untuk ditapis. Fungsi tulan ikan ni sebab manis dia ada di tulang ikan ni.
Resepi Dan Cara Masak Kuah Laksa Utara
Penyediaan Ikan Rebus
- 2 kg ikan selayang / kembung / sardine direbus bersama asam keping dan garam.
- ambil isi ikan dan asingkan tulang.
- Isi ikan ditumbuk halus guna lesung. Kalau tak mahu tumbuk boleh kisar sekejap sahaja bagi sedikit hancur. Jangan lama sebab kita tak mahu kuah dia terlalu halus,
- Tulang pula dikisar dengan air rebusan ikan tadi, dan guna penapis jarang tapis sambil bilas penapis dengan air hingga habis isinya turun bawah. Sampai tulang ikan tu nampak putih dan bersih,
- Masukkan isi ikan yang dikisar (tak perlu tapis sebab ni isi sahaja), air kisaran tulang ikan yang ditapis kedalam periuk.
Bahan kisar bawang dan cili
- 1 cawan cili kering dipotong dan dibuang biji, rebus sampai lembut dan toaskan.
- 2 biji bawang besar dibelah
- Kisar cili dan bawang hingga halus. Masukkan dalam periuk berisi kisaran ikan tadi.
Buka api dan didihkan kuah. Sambil tu boleh masukkan bahan berikut
- Air belacan - belacan dalam 1 sudu besar dilarutkan dengan sedikit air
- Daun kesom
- Bunga Kantan dibelah dua
- Serbuk perasa jika suka
- asam keping dalam 3 ke 4 keping ikut nak masam macam mana
- 1 sudu kecil gula
- garam secukup rasa
Bila dah masukkan semua bahan diatas dalam periuk, didihkan dengan api perlahan sampai mendidih, Jangan sampai meruap ya sebab kalau meruap cairlah kuah kita sebab bahan pekat semua keluar!
Biar mendidih lama sehingga buih buih hilang dari kuah. Rasakan garam dan asam jika perlu tambah. Seeloknya guna garam kasar baru sedap.
Siap kuah kita. Boleh hidangkan dengan mee laksa bersama bahan-bahan ulam.
Penyediaan Mee Laksa
Laksa kena rendam sekuranya semalaman barulah direbus. Ini untuk mengelakkan laksa putus dan hancur. Laksa kaan lebih kenyal dan sedap jika direndam. Kami di Kedah guna 2 jenis laksa iaitu laksa besar kasar dan laksa halus. Kalau laksa halus memadai cuma rendam sekejap sahaja.
Ok resepi dan video paling mudah hangpa check kat You Tube video dibawah ya. Senang hangpa tengok saja tak payah nak baca hahahahah
1 Comments
Sedapnya laksa. Ringkas resepi nampak menyelerakan. Nampak resepi kekny ni teringat pulak anak request laksa. Nk try btlah nnti. Tq resepi kekny
ReplyDelete