Bihun Goreng Kicap

Nak share resepi yang sangat simple kali ini. Dan pasti anak anak suka menu ni. Bihun Goreng Kicap ni tak pedas dan sesuai kalau masak untuk hidangan atau bekal anak ke sekolah. Nak buat pun cara dan resepi mudah je sebab tak perlu nak kisar cili dan bawang hanya guna kicap sahaja.. eh sedap ke kalau letak kicap je? Kena lah cuba ok!

Bihun Goreng Kicap, resepi bihun goreng, dark black mee hoon, soy sauce mee hoon, fried vermicelli,

Bila Kekny share gambar Bihun Goreng Kicap ni kat Instagram dan FB ramai komen mengimbau kenangan masa kecil mak mak kita kadang masak Bihun Goreng macam ni lah. Kalau kami di utara panggil 'masak bodo' bila masak terlalu simple ni hahaha atau Nasi Goreng Bodo atau Bihun Goreng Bodo. Macam tu lah!

Bihun Goreng Kicap, resepi bihun goreng, dark black mee hoon, soy sauce mee hoon, fried vermicelli,

Apa pun resepi Bihun Goreng Kicap ni sangat berbaloi dicuba. Sedap sangat makan dengan telur rebus, telur goreng dan sebagainya. Jom tengok Resepi Bihun Goreng Kicap ni

Sebelum tu kena juga tengok video Bihun Goreng Kicap ni kat You Tube Eny Abdullah




Bihun Goreng Kicap, resepi bihun goreng, dark black mee hoon, soy sauce mee hoon, fried vermicelli,

Resepi Bihun Goreng Kicap

Bahan-bahan Bihun Goreng Kicap

1 paket bihun direndam selama 15 minit
4 ke 5 biji cili padi diketuk ( ikut level nak pedas mana)
8 ulas bawang putih diketuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
3 ke 4 sudu besar kicap pekat karamel (ikut rasa, masin dan warna)
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar lada hitam serbuk
1 sudu besar lada sulah
2 kiub pati ayam
Isi ayam atau daging, udang atau sotong
Fish ball atau fish cake
Kobis dan sawi
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk tumis

Cara penyediaan Bihun Goreng Kicap


Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili padi 

Masukkan isi ayam atau daging

Masukkan sos tiram

Masukkan fishball dan fishcake 
Masukkan air sebanyak 1 cawan. Tambah garam dan gula jika perlu.

Masukkan semua kicap dan minyak bijan, lada hitam dan lada sulah.

Masukkan sayur keras dahulu dan terus masuk bihun.

Biar bihun serap air sambil kacau sehingga bihun masak dan lembut. Kalau masih kering boleh tambah air dan kicap. 

Akhir sekali masukkan sayur sawi atau sayur yang lembut pula. Siap!




Post a Comment

2 Comments

  1. Singgah time subuh tengok resipi bihun kekny ni. Memang sama rupa orang dulu2 punya style masak. Nyum nyum

    ReplyDelete