Kerabu Kaki Ayam


Saya suka makan kaki ayam apa lagi kalau dibuat sup. Kaki ayam ni kaya dengan kolagen semulajadi yang bagus untuk menegangkan kulit. So kalau nak kulit cantik kena lah makan kaki ayam. Cuma tak boleh amalkan selalu sebab boleh tahan berlemak juga kaki ayam ni :D

Minggu lepas ke rumah mentua, saya bawa balik bunga kantan  beberapa kuntum. Nak harap tanam pokok kantan sendiri memang takde lah. kalau beli kat pasar, mahalnye  buunga kantan sekarang, sekuntum RM3 ke RM4. Ishh..... Dah dapat free dari rumah mentua, saya tapau bawa balik Kedah sikit masuk peti ais boleh tahan dekat sebulan lamanya. Boleh buat stok untuk buat kuah laksa hehehe.



Kerabu ni simple dan mudah dibuat. Lebih kurang kerabu mangga ala thai tu je, so jangan risau kalau rasa susah sebab simple sangat. Part susah cuma kena rebus kaki ayam tu lama lama supaya lembut dan mudah relai dari tulang. Pakai pressure cooker lagi senang cerita hehehe... Then Kena lah perisi kaki tu dari tulang supaya mudah nak makan kerabunya. Cara perisi tu kena picit tulang dibahagian jari tu keluar kemudian baru tanggalkan isinya dari tulang kaki. Err... faham ke? mihmihmih...


Ok resepi nya  salin ya… eh tak payah salin, print screen je tak pun copy and paste :D

Resepi Kerabu Kaki Ayam Simple 

Kaki ayam secukupnya direbus sehingga lembut dan isi mudah tanggal dr tulang. Cara nak buang tulang, picitkan je tulang dibahagian kaki tu sehingga tanggal dan cuma tinggal isinya sahaja. Kalau besar sangat isi kaki tu, potong sedikit.
Cili padi ikut nak pedas ke tak okay – dipotong nipis
2 kuntum bunga kantan – diracik halus
1 labu bawang besar – dipotong nipis
5 sudu besar jus limau / lemon
2 batang serai, di kupas dan di ambil bahagian hujung yang lembut dan putih - dihiris nipis
2 sudu besar sos ikan
4 biji tomato - dihiris nipis

Campurkan dan gaul semua bahan dan siap!



Post a Comment

42 Comments

  1. Waaahh... Bestnyerr...
    Kak jom terjah entri terbaru saya

    http://www.papaglamz.com/2014/11/foodsglamz-nasi-goreng-campak-campak.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha tudia papaglam bw keluar resepi dhh

      Delete
    2. semua orang kongsi-kongsikan resepi

      Delete
  2. Salam. Hee nasi kerabu yang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiga lalat mn ada nasi kerabu la kerabu kaki ayam tu hahha

      Delete
    2. hahahaha.. dia bayangkan tu ana

      Delete
  3. Sedapnya..belum pernah makan kerabu kaki ayam.selalu kerabu kerang, kerabu mangga je...nanti bolehla cuba.

    PETUA ATASI PERUT BUNCIT

    ReplyDelete
  4. sedapnya....
    Tak perna buat lg...
    blh cuba resepi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tak pernahlah kena cuba.. baru tahu sedap ke tak

      Delete
  5. bukn febret kaki ayam.. tapi pic tu buat nmpk sedapppp jer

    ReplyDelete
  6. mak ana cukup suka sup kaki ayam dgn bntot ayam.
    fuhhhh dpt kerabu kaki ayam ni lg power!
    dok niat nk belikan pressure cooker utk mak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah ja pressure cooker skrg lazada ada buat ofer

      Delete
    2. orang lama punya selera..

      Delete
  7. tak pernah nak berjaya buat kerabu sebab lepas rebus kaki ayam tu, banyaknya masuk dalam mulut saya. hahaahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu pasal le banyak chef bandan sedikit montel.. hehehe

      Delete
  8. tak pernah rasa kerabu kaki ayam ni...
    selalu buat sup saje

    ReplyDelete
  9. Renyah sikit kot kalau mcm saya tak ada pressure cooker ni.... nak kena rebus lama.

    ReplyDelete
  10. itu lah, memang mahal bunga kantan tu skrg.
    dulu mak saya jual (masa kami kecik2, skrg dia pun tak larat berkebun dah ), ada org tengah amik untuk bawa ke singapore 3-4kuntum baru 50sen je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak dpt bunga kantan pokoknya koi pupus

      Delete
    2. untung siapa yang tanam bunga kantan

      Delete
  11. nampak simple.. tapi leceh betul nak buatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha renyah sikit azman nk buat kerabu ni nk ken rincik halus2 bhn dia

      Delete
    2. renyah.. tapi hasilnya sedap.. hehehe

      Delete
  12. nak senang order aje kat kedai.. hahahaha

    ReplyDelete
  13. bahan2 kerabu tu kalau rincik halus2 sedap tu hihii rtah jer pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat jadi kerabu.. semua bahan tak berakhir dimulut diratah.. hahaha

      Delete
  14. First time tengok kerabu kaki ayam, selalunya tengok kaki ayam buat sup je ^_^

    ReplyDelete