My simple version of Asam Laksa. Tak payah nak susah-susah macam dalam resepi lain. You can even skip part pakai ikan fresh. Boleh pakai ikan sardine tin semata-mata. hehehe :D
Asam Laksa sedap dimakan bersama petis. Tapi saya tak suka petis tu manis sangat. Pakai kicap biasa pun sedap ;)
500gm ikan selayang (fresh sardines) yang direbus dengan asam keping dan sedikit garam. Simpan air rebusan ikan untuk dijadikan stok kuah. Isi ikan ditumbuk sehingga halus. Boleh juga pakai kembung, tapi ikan selayang lebih sedap ;)
1 tin sardine cap ayam, dihancurkan menggunakan garfu. Discard tomato sauce.
Cili kering, terpulang nak pakai banyak mana pun mengikut tahap kepedasan yang diingini.. I pakai dalam 1 cawan (selepas dipotong pendek dan direbus dan tapis air dan buang biji)
Cili rebus tadi dikisar bersama 4 ulas bawang besar (yang saiz kecil kalau besar 2 pun cukup) dan 1 sudu besar belacan
Daun kesum. Ini je yang ada. Bunga kantan tak ada stok pula. :D
Satukan semua bahan bahan diatas didalam periuk. Tambah air sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dingini. Masukkan asam keping. Masukkan garam. Rebus atas api perlahan sehinngga cili masak dan kuah menjadi wangi. Boleh tambah bunga kantan atau daun kesum. Petua kuah laksa yang sedap, kuah kena berulang kali dipanaskan atas api dan kena dimasak awal sebelum dihidangkan. So kalau nak makan tengah hari, masaklah waktu pagi dan panaskan balik waktu tengahari.
Resepi Penuh Asam Laksa
Laksa Kering jenis halus – direndam semalaman. Kemudian direbus sehingga lembut.
Bahan Kuah :
500gm ikan selayang / ikan sardine fresh – direbus dengan garam dan asam gelugor sehingga lembut kemudian diambil isi dan isinya ditumbuk halus. Kalau mak saya dia tak buang tulang ikan. Tulang ikan dikisar dalam blender bersama air rebusan. Tapis tulang-tulang tu menggunakan penapis yang jarang, ayak ayak sehingga tinggal tulang putih sahaja. Ambil air dan hasil tapisan sahaja. Tulang buang. Step ni boleh sahaja skip kalau rasa renyah dan lambat. Pengunnaan tulang ikan sebab kita nak dapatkan rasa manis tulang ikan.
1 tin besar Sardine tin cap ayam – dibuang sos tomatonya, dihancurkan kasar kasar
Note : boleh juga sama ada nak pakai ikan fresh sahaja atau ikan sardine sahaja. Gandakan kepada 1kg ikan atau 2 tin sardine ye
Cili kering dalam 10-15 tangkai – kalau nak pedas boleh tambah
2-3 ulas bawang besar saiz sederhana. Kalau besar 1-2 pun cukup.
5-6 keping asam gelugor
Bunga kantan
Daun kesom
Air secukupnya
Garam
Ulam-ulam (garnishing) :
Daun sawi – diracik kasar-kasar
Timun – diracik
Nenas – saya tak suka nenas dimakan dgn laksa :D
Telur rebus – kalau yang lembut dan cair sikit lebih sedap
Bawang – dipotong nipis
41 Comments
Eny kak ana pernah juga buat versi sardin tin ni, ok je rasanya kan, tapi kak ana suka makan dengan petis.. :)
ReplyDeletesy dgn mak pon pnh buat guna sardin tin. sedap je rasa dia hehe
Deletesekali dlm hidup buat huhuu tu pun google ja..
Deleteorang rumah saya pakai ikan tongkol
Deletewow!!! meletup gila entri ni. baru saya tahu boleh buat laksa pakai ikan sardin dalam tin je. nampak sedap pula tu.
ReplyDeletesedapkan marvelousss
Deletehurmmm kali pertama nampak orang guna sardin tin masa rancangan jaguh kampung astro
Deletesedapnye kalo dapat makan asam laksa pagi2 ni...hehe
ReplyDeletemkn panas2 sedap siti aisyah oohww
Deletepagi-pagi sesejuk nih layan makan apa pun sedap
Deleterajin nye mak ai kak eny pi menumbuk2 isi ikan tu... very the rajin U..!
ReplyDeleterajinkan dia zafair si eny kan
DeleteEny nih memang rajin memasak
DeleteSedapzzzzz....!!!
ReplyDeletetutup empat jari angkat ibu jari terbaikkk
Deleteconfirm sedap nih
Deleteone of my feveret! adehh ayaq lioq meleleh lagi :D
ReplyDeleteambik mangkok tadahkan..hihii
Deletesalah satu faveret saya jugak nih
DeleteSardin dlm tin tak berapa bagus.. lebih baik letak ikan fresh.. if ikan mahal sangat, boleh lah sardin tin pun..haha
ReplyDeleteapa la qaseh ni..mn2 ja jnji sedap di mkn
Deletesardin dalam tin untuk yang nak cepat.. hehehe
Deleteresepi laksa mak saya, dia tumis dulu :)
ReplyDeleteumi duk mn ya yg buat kuah laksa tumis ni..nnt kongsi resepi ya
Deletelaksa ada macam-macam variasi
Deletesedap lagi melazatkan kalau dapat laksa beras... yum yum..
ReplyDeletelaksa buat sendri kan kena dgn kuah lemak perhh hujan2 ni apa nak di kata
Deletelaksa johor pakai spaghetti hehehe
Deletebunga kantan skrg mahal kan...?
ReplyDeletebunga kantan koi pupus
Deleteuntung orang yang tanam bunga kantan nih
Deletesedapnya rajin eny..
ReplyDeleteEny rajin memasak dan serba boleh
Deletememang sedap
ReplyDeleteresepi untuk orang yang rajin
ReplyDeletekebanyakkan orang malas nak guna ikan fresh
ReplyDeleteleceh betul nak asingkan tulang tu
ReplyDeletekalau tak teliti boleh tercekik tulang
ReplyDeleteleceh dan bahaya betul kalau tercekik tulang nih
ReplyDeleteklu naaaaaaaaaaaaaak sgt makan baru la rajin masak laksa..hihihi...
ReplyDeleteMaknanya selama ni ramai yang buat asam laksa la.. kita ingatkan lain orang lain resepi dia..
ReplyDelete