Wantan Mee Kicap dan Mee Kari Wantan

Kat Kedah tak ada semua ni. Tapi di Ipoh banyak!! Ni makan dia area RNR Tapah. Gambar lama. Kalau di Ipoh makanannya banyak ada unsur-unsur chinese sikit macam nasi ayam hainan, wantan mee dan yong tau fu. Bila ke Ipoh dan kebetulan Husband tak busy selalu saya ajak dia try Ipoh food. Ada banyak photo untuk buat food review makanan best di Ipoh. Kena upload satu-satu. ;)

Mee Kicap ni harga cuma RM4.50. Rasa dia sedap juga sebab kicap tu quite plain jadi saya tak berapa suka, cuma saya suka presentation dan wantan goreng kat atas tu memang sedap!! ;)


Yang paling sedap ialah  Mee Kari Bersama Wantan.  Ni husband yang order masa tu. Bila saya try rasa nak tukar plate mee kicap saya dengan mangkuk mee kari dia hahaha... Bayangkan wantan goreng tu diletak dalam kuah kari yang rasa dia lemak-lemak manis. Yang saya suka, karinya tak rasa berempah kuat sangat agak mild tapi sangat rich. err macam mana tu ye hehee.. Harga juga RM4.50. Tapi tak ada kerang dan udang cuma ada instant balls sahaja. ;)



Post a Comment

43 Comments

  1. Assalam...

    Sedapnyer...Bunda suka makanan macam ni...tak pedas sangat...terutama nasi ayam hainan dia..

    Salam ukhuwah dari Bunda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam Bunda, terima kasih ya sudi datang blog :)

      Delete
    2. bunda pun suka masak2 jugakan..marvelouss

      Delete
  2. Mee kicap tu nampak.sedap.je dan murah ye. Kat KLCC tu.dah cecah RM8 dah mi.kicap.campur wantan goreng tu.

    ReplyDelete
  3. aduh sedapnya.lapar pulakkkkk

    ReplyDelete
  4. Nampak menyelerakan..

    p/s: Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  5. sy perna makan wantan mee kicap kat KL sedap sgt...
    ni dah lama tak makan...
    bila nmpk ni rasa terliur pulak....

    ReplyDelete
  6. nak yang mee kicap tu plz..!

    ReplyDelete
  7. tengok blog akak ni buat saya sentiasa lapooo......T_T semua nya nampak sedap!

    ReplyDelete
  8. ana suka gak mee kari ada wantan goreng!
    rindunya nak mkn lagi kat ipoh huwawawa

    ReplyDelete
  9. best duk kedah- perak.. makanan masih murahh.. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi3! sy dok perak. hehe mmg murah gak la mknan. tp xleh lawan kedah la hehe

      Delete
    2. setuju sha dhira mknan muarah sgt boleh hidup

      Delete
    3. untunglah makanan masih murah

      Delete
  10. last aritu saya makan mee wantan ni kat kulim. orang melayu buat. tak tau la lani ada lagi ka dak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kulim kat mn tu umi..nnt nk balk p duk kot sana pulak

      Delete
    2. tunggu eny bagi resepi.. lepas tu kita buat sendiri

      Delete
  11. lama betul tak pi ipoh.. mesti banyak benda dah berubah

    ReplyDelete
  12. lebih kurang mcm mee sizzling jugakan rupanya..cuma xdak watan ja

    ReplyDelete
  13. arghhhh....kenapa ni?..mengapa?...mengapa nampak sedap aje ni?

    ReplyDelete
  14. Wantan! Lama dah tak makan.. macam excited je makan dengan mi kari sekali.. lepas ni nak try la kalau berhenti kat RNR Tapah :D

    ReplyDelete
  15. Wantan goreng nie kalau makan dengan mee kolok pun sedap jugak tau....gabungan yang unik bila kita makan menu berkuah ...

    ReplyDelete