Banjir

Hi semuaaa....

Nak update blog serba salah sebenarnya....

Bila tengok banjir yang semakin teruk di Kelantan, Terengganu, dan Kuala Kangsar Perak, rasa macam kejam je nak upload gambar makanan dan resepi kat blog ni. :-(

Ada diantara mangsa yang terpaksa berlapar sementara menunggu bantuan makanan tiba disebabkan jalanraya terputus terus. :-(

Ada update di facebook, di Parit, Perak air sungai Perak dan mencecah tebing. Parit dan Kg Siputeh (rumah mak mentua) dah tak jauh mana dah. Risau je bila fikirkan.

Apa pun sama-sama kita berharap dan berdoa semoga banjir akan reda dan air surut dengan secepat mungkin. Siapa yang area Parit dan Kuala Kangsar boleh la share update ye..

Sementara banjir nampak tanda-tanda nak pulih ni layan je lah gambar bunga ke kucing ke atau apa sahaja yang share di blog ni. Harap tak ada yang jemu hehehe...

Location : Site - ada yang tanya kenapa letak lokasi Site. Sebab saya banyak buat site visit (construction site) jadi kebanyakan masa kat site, tu yang gambar semua dari site atau lebih tepat dari dalam semak tepi site hahahahaha!
Gear : Sony A290

Bunga rumput
DSC09302ed

Post a Comment

21 Comments

  1. saya setuju.. simpati dengan mereka yang terlibat

    ReplyDelete
  2. kluang johor kini sudah tanda-tanda nak banjir.. huhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada tempat bnjir kan kat kluang

      Delete
    2. beberapa kawasan.. tapi hujan tak berterusan setakat nih Alhamdulillah

      Delete
  3. Parit kampung saya lah tu..Kuala kangsar rumah mak mertua. Itulah nak update blog pun serba salah..mood pun melayang. Sebab asyik risau je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. shima sabar jer lah ya..allah tgh menduga umatnya

      Delete
    2. samalah.. langit mendung.. beberapa kawasan kluang dah naik air.. tapi setakat nih Alhamdulillah.. blogging jalan terus

      Delete
  4. Parit dan Kampung Gajah sedang dilanda banjir ketika ini,mulanya kak ana bimbang juga Teluk Intan dilanda bah,setakad ini Alhamdulillah keadaan masih terkawal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana harap semua selamat ya sekarang pun hujan kot kawasan lumut manjung masih ada lg..berhati2 lah ya..

      Delete
    2. semoga semua selamat.. berhati-hati dimusim banjir nih

      Delete
  5. Betul tu tersentuh sangat dengan masalah banjir sekarang. Tahun ini agak teruk bukan di east coast je, perak, johor, sabah. Risau dengan mereka. Sebab depa tak boleh keluar dan masuk dari negeri mereka. Anak kecil lagi.
    Harap semua reda cepat. Amin..
    Jemput ke blog saya:
    healthyglowing13.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kita sebagai umat allah jgn berhenti berdoa utknya insyllah ada jln penyelesaian

      Delete
    2. setiap suatu tu ada hikmahnya.. redha ajelah

      Delete
  6. assalamualaikum eny...betul tu tersentuh hati bila tengok gambar2 banjir....moga mereka semuanya selamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin tersentuh juga mas kak ana tgk mangsa bnjir di kelantan..dan tmpat lain allahuakhbar semoga semua selamat

      Delete
    2. berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikulnya.. semoga mereka tabah

      Delete
  7. hari tu pun cik mat gebu ada naikkan pasal ni T_T

    ReplyDelete
  8. tu la hujan masih berterusan skrg nih kat tempat ana ni (Sungkai,Perak) :(

    ReplyDelete
  9. Betul tu, ada jugak sorang kawan kat FB nasihatkan jangan upload apa2 makanan, tanda simpati nasib mangsa2 banjir.. bukan setakat bantuan makanan tersekat je, bekalan elektrik pun takde kan :(

    ReplyDelete