No bake cheese cake ni simple je buatnya. Dan kos membuatnya tak la semahal membelinya dari kedai kek. Resepi no bake cheese ni cuma perlu masukkan cheese cake ke dalam peti sejuk selama beberapa jam. Tak perlu bakar. Yang tak ada oven pun boleh buat.
Tapi yang saya buat ni dasar nya agak berderai sebab saya tunggu cuma 4 jam sahaja untuk potong. Sebab nak kejar cahaya matahari (natural lights) untuk photography. Kalau pakai lighting studio takut hasil dia tak sama seperti pakai cahaya semulajadi ni.
Lepas dibiar semalaman, dasar kek tu memang cantik kerasnya bila dipotong. Next time kena buat dari malam sebelumnya hehehe..
Apapun rasanya tetap sedap. Hehee.. Kalau tak suka lemon boleh ganti dengan perisa lain. Boleh pakai blueberry, strawberry atau apa sahaja filling. Sekarang dah banyak jual filling instant kat kedai bahan kek. Saya tengok di kedai filling blueberry cuma harga RM4 sebekas lebih dari cukup untuk sebiji kek. Dah beli tu, cuma curahkan atas kek yang telah pun beku sepenuhnya.
Kalau tak nak pakai biskut marie dan nak gantikan dengan biskut kesukaan masing-masing pun boleh. Selalunya biskut oreo lebih sedap kan!
Kalau nak buat kek cheese kena ada spring form pan, sejenis pan yang boleh dibuka bahagian bawahnya (base). Senanglah nak keluarkan kek sebab kek ni mana boleh main terbalik terbalik macam kek biasa.
Tapi kalau tak ada spring form pan, boleh je kita buat mini cheese cake dalam gelas-gelas comel atau mug yang ada kat rumah. Ataupun kalau nak bagi kawan-kawan boleh je masuk dalam bekas plastik bertutup yang banyak jual kat kedai. Adik-adik yang belajar kat kolej, kalau rumah sewa ada peti sejuk boleh la buat bisness no bake cheese cake ni heheheh..
Kalau isi dalam gelas kena isi lapis-lapis selang seli cream cheese dan biskut barulah cantik!!
Bila nak makan, cedok je dengan sudu!
Resepi No Bake Cheese Cake
Bahan-bahan Dasar Kek :
300 gm biskut marie - RM 3.50100 gm butter - dicairkan - RM 4.50 - ada balance lagi boleh buat kek lain
1 ½ tbsp gula halus - Free sebab pakai rumah punya ;p
Biskut marie dihancurkan. Cara hancurkan, letak dalam plastik bersih, ketuk dengan lesung batu dari luar.
Campurkan biskut marie yang telah dihancurkan bersama butter cair dan gaul sebati.
Ratakan kedalam pan dan Tekan sehingga padat. Masuk dalam peti sejuk. Tunggu sehingga lebih kurang 1 jam baru lah boleh dicurahkan adunan cheese. Ni acuan bersaiz 8 inci. Kalau nak pakai acuan besar kena gandakan bahan-bahan ye.
Bahan-bahan Adunan Cream Cheese :
250 gm Cream cheese jenama Tartura - RM 7
200 gm Non-diary Whipping cream - Saya pakai yg UHT Whipping cream. nak putar baru keluarkan dari peti sejuk - RM 16.50 utk 1 liter jenama Anchor. Jadi ada balance lagi 800 ml. Cari kotak kecik dah habis pulak.
80gm Gula caster – kisar sedikit supaya halus - sekali lagi free sebab pakai gula dari rumah
2 sudu besar jus lemon - RM 1.
1 ½ tbsp gelatin – dicampur 100 ml air panas dan kacau sehingga sebati dan gelatin larut sepenuhnya. RM 2 sebungkus. masih ada balance
Cara-cara :
Sejukkan mangkuk pemutar terlebih dahulu dalam peti sejuk bahagian atas selama 10 minit. Keluarkan whipping cream dari peti sejuk dan terus tuang whipping cream dalam mangkuk sejuk tu, dan putar whipping cream sehingga kembang . Masukkan semula bekas whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam peti sejuk supaya tak cair.
Dalam mangkun yang berlainan, pukul cream cheese sehingga kembang,
Masukkan gula, jus lemon dan bancuhan gelatin. Pukul lagi sehingga sebati.
Keluarkan adunan whipping cream yang dipukul tadi dari peti sejuk dan masukkkan ke dalam adunan cheese. Kaup balik dengan spatula sehingga rata atau pukul dengan mixer pada kelajuan paling perlahan sekejap sahaja.
Ratakan adunan cream cheese bercampur whipping cream tadi ke dalam acuan yang telah diletakkan dasar kek dari biskut marie tu.
Ratakan pakai spatula. Saya pakai sikat ni hehehe
Dah siap dan ready nak masuk peti sejuk!
Sejukkan dalam peti sejuk selama semalaman dan esok boleh lah di makan.
Jumlah Perbelanjaan Kasar : RM 34.50
Boleh makan untuk 6 orang. Dan ada sesetengah bahan macam butter dan whipping cream ada banyak balance lagi tu, jadi beli lah cream cheese tu lebih sikit supaya boleh buat 2 atau 3 kali lagi.
95 Comments
wah nampak sedap
ReplyDeletesedapkan azman
Deletesedap dan senang nak buat juga
Deletemudah betul cara membuatnya
ReplyDeletekena rajin ja azman semua menjadi
Deletebetul tu.. saya setuju.. kena rajin
Deletetak perlu dibakar pun.. mudah betul
ReplyDeletekan jimat masa tu azman
Deletesangat menjimatkan masa
Deletesuka versi dalam gelas tu.. senang dimakan
ReplyDeletekan setuju kreatif
Deletebudak-budak memang suka
DeleteSenang ja nak buat kan..kos sangat murah.. boleh wat pencuci mulut bila jemput kawan2 dtg rumah.. tq for this resepi.. :)
ReplyDeletehttp://syidamenulis.blogspot.com/
senangkan? ingatkan susah nak buat
Deletejimat masa Qaseh try tgk
Deletejom sama-sama kita mencuba
Deletesedapnyaa :)
ReplyDeletesedapkan? itu baru tengok gambar aje.. belum rasa lagi
DeleteYUMYUmmmm terangkat seleraaa...!
Deleteyum yum yum
Deletehurmmm tumb u sikit buat eny
Deletejom kita cuba tgk nurinani
Deleteramai betul yang suka resepi nih... so yummy
Deleteini lah salah satu sebab saya suka blog Eny ni...
ReplyDeletebanyak resepi yang mudah2 bg org yg tak selalu masak (mcm saya ni) memang agak senang nak ikut...
saya suka blog ini juga
Deletei like juga
Deleteramai yang suka blog nih
DeleteSoalan saya:
ReplyDelete1) kenapa mangkuk pemutar kena sejuk ye?
2) gelatin sama tak dengan serbuk agar?
ni bukan soalan exam...
Deletesaya nak buat, tapi kat rumah takde gelatin. yg ada serbuk agar2 je... :(
tau2 je la area kg ni, susah nak cari bahan kat pekan kecil :)
satu lg soalan
Delete3) cream cheese nak putar masa dia sejuk (baru keluar peti) ke nak biar dia suhu bilik?
Hi Jane.. Mangkuk pemutar kena sejuk supaya whipping cream cepat kembang dan naik elok. Kalau whipping cream tu tak cukup sejuk susah nak kembang.
DeleteAgar-agar tak sama dgn gelatin. mmg kena pakai gelatin. jgn pakai agar-agar heheh
Cream cheese biar pada suhu bilik sebab snng nk pukul. kalau sejuk dia keras dan liat.
Jane, kat Tesco selalu ada gelatin atau kedai jual bahan cake
Deletesonoknye tgk kak eny buat mcm2 hehe
Deleteada jualkan rasanya galentin tu warna kuning
DeleteGJ p ja kedai kek mesti ada punya..try la p tnya tgk mcm2 ada siap duit ja..
Deletethanks eny... sebab melayan saya...
Deletebukan nya apa, nak ke pekan amik masa 30minit. ke tesco kena tambah lagi sejam lebih pula... haha. Kena tunggu hari cuti la mcm ni baru cari bahan2 semua :)
sy baru buat semalam tanpa guna gelatin. hehe die kurang mengeras, tpi rasanya okay je :D
Deletehanisamanina.com
kalau tak guna gelatin, best results masa hari ketiga! dah keras dah :D sedap jugakkk
DeleteSorry ye Eny... banyak tanya...
ReplyDeletesaya ni bersemangat nak masak... tapi banyak tak tau :P.
dah kahwin dekat 3 tahun, tapi tiap kali masak, mesti tengok resepi... hihihi
malu bertanya sesat jalan hehehe
Deletekalau nk kutip ilmu kena bnyak bertanya kalau tidak kita yg rugi GJ
Deletesemoga sukses mencuba resepi ini
Deletewow kak enyy..! meletop..!
ReplyDeletekebabommm
Deleteauwww marveloussss
Deletesangat sangat awesome
Deletehehe..siap letak harga! senang laa nak bajet2.. low cost je rupenyeee.. tapi hasilnya memang meleeppsss sangatt
ReplyDeletememang low cost.. jimat belanja
Deletetu la kalau org jual kat kedai mau rm50 sebelah tangan kan..air tangan sendiri sure sedap n puas hati
Deleteuntung orang kalau tahu memasak.. boleh buat duit
Deletekannn, untung lagi buat sendiri :D makan2 ramai2 kosnya utk makan sorang kat luar
Deletehanisamanina.com
sungguh menjimatkan
DeleteHerm mcm sedappp jer...mcm sedappp jer...
ReplyDeletebukan macam lagi.. memang sedap nih
Deletesham n azman super best..lgg dahh
Deletesuper hebat.. hehehehe
Deletebila gambar cantik, makanan pun nampak sedap dipandang.
ReplyDeletekalau tukar dengan biskut oreo pun mesti sedap kan? sebab marie rasa sedikit plain. **sy selalu derhaka pd resipi org time nak mencuba hehe
masak2 ni perlukan kreativiti dan kepelbagaian
Deletekena pandai syira kalau nak lebih urmm ana pandai ckp ja xp xbuat2 pun kikii
Deleteeny akak ana copy resepi ya..
Deletesyira jgn derhaka hihi ubah suai jd lg sedap xpa la..
Deletepengolahan akan buat resepi bertambah sedap
Deletehehe oreo pun sedappppp, lagi2 bila guna buat tiramisu, cuma orea mahal sikit kot?
Deletehanisamanina.com
wahhhh.. semuanya sedap belaka
DeleteDah lama tak buat cheese cake ni. Takde mase. Hmmm, macam nak try je buat yg ni. Heheeee :D
ReplyDeletecuba.. jangan tak cuba
DeleteMamam cheese cake ni ada feel2 anak mat saleh skit banding makan pandan cake... Gurau je... He He He...
ReplyDeletesesekali tukar tekak rasa mat saleh
Deletex ada oven pun boleh buat...sungguh mudah
ReplyDeletetakde alasan takde oven tak boleh buat kek
Deletesinggah sini :) baguslah siap letak gambar step by step untuk beginner mcm licha ni
ReplyDeleteresepinya pun mudah sangat nak ikut
DeleteCantik gambar yang kak Eny ambil ni. Heee
ReplyDeleteEny kan jurugambar pro
DeleteEny kan jurugambar pro
DeleteNampak sedap kek lemon cheesee ni, nak try lah nanti
ReplyDeletecubalah try buat.. mesti puas hati
DeleteTerima kasih atas resepinya ya kak Eny :D
ReplyDeleteada banyak lagi resepi kat blog nih..
Deletekalo biskut oreo lg la sedap =D
ReplyDeletecubalah buat pakai oreo.. kongsikan nanti hasilnya
DeleteNampak macam senang..boleh buat projek dengan anak-anak saya nanti ^_^* TQ
ReplyDeleteresepi eny bagi memang detail.. senang nak ikut
DeleteKompem sedap nih ...
ReplyDeletememang confirm sedap punya
DeleteEny, kak adaa follow ur blog ye..nway kak adaa memang peminat cheese cake ni ..YaAllah nampak sedap betul pagi2 buta ni haha and totally nice pics too! talented sungguh! keep it up.
ReplyDeletejemput follow kak adaa juga ye www.adaa-inspiration.com
saya juga peminat cheese cake.. hehehe
Deletedah buatttt, sedap! :D
ReplyDeletehanisamanina.com
tahniah kerana berjaya buat kek yang sedap
Deleteciskek mmg digemari semua org...termasuk akak...tp utk membakingnya...hahahah...akak surrender la..sbb pernah sekali baking ciskek..tp tak jadi..hahahah...berkorban aje la membeli jika nak makan
ReplyDeleteCantiknya kek keju.. lagi cantik dari kita hewhew.. tulah masa tahun 2007, sepotong kek keju dekat RM10, sekarang ni lebih mahal kot..
ReplyDeleteSedapnya. Nak try buat untuk kenduri minggu depan lah. Sha rembat resepi ye Kak Eny. Tenkiu :)
ReplyDeletesenang sgt! cuma bahan tak cukup lagi , will try insyaAllah terima kaasih kak eny!
ReplyDeletenampak mcm sedap je ni.. yg penting is mudah sgt..hehe :-)
ReplyDeletetq tau sudi share resepi ni.
Halo,. salam kenal, kami ikut promo yaa..
ReplyDeletekami Mug Imut Bandung (http://www.buatmug.com) membuat mug, mencetak mug, dalam berbagai model. Jual aneka mug murah, bahan mug, kardus mug, membuat gelang karet rubber,serta kertas Inject.
lokasi kami ada Jl. Gagak I No. 19 Surapati ( SUCI ) Bandung tlp.(022)91147817 - 081320620692
email : proprint_pinboo@yahoo.com
pin BB 1 : 27DFACC4
pin BB 2 : 57BDF820
terimaksih ........