Masak spaghetti bukan lah susah sangat pun. Boleh je beli sos instant spaghetti. Tapi saya lebih suka kuah yang dibuat sendiri.
Ni cara saya buat kuah spaghetti from scratch. Just guna tomato puree dari tin dan buah tomato fresh.
Resepi ni agak flexible. Tak ikut satu persatu pun jadi juga, Cuma bahan yang penting seperti tomato, dan Italian herbs tu kena ada la. Boleh juga pakai daging ayam kisar, atau pakai sosej yang dipotong kecil-kecil. Boleh juga letak meatball instant. Caranya sama, kena “brown” kan atau goreng sebentar meat ball dan sosej baru masukkan tomato.
Bahan-bahan yang diperlukan....
Resepi Beef Spaghetti berkuah tomato
Bahan - bahan :
500 gm spaghetti – di rebus al dente. Simpan air rebusan.
500 gm daging kisar (saya pakai 800gm!!)
6-7 biji buah tomato ranum – dikisar setengah, dan dipotong dadu setengah
1 tin tomato puree
1 bawang besar kuning saiz besar dipotong dadu. Asing kan dalam 2 sudu untuk tumis
6 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar Mc Cormick Italian herbs – boleh juga pakai brand tesco. Sama je rasanya.
Lada benggala hijau – dipotong dadu
1/3 cawan minyak zaitun – boleh pakai minyak biasa
½ cawan parmesan cheese diparut – boleh skip
3 sudu besar daun parsley dicincang
Gula dan garam secukup rasa
Cara-cara :
Panaskan kuali, tumis bawang putih cincang dan sedikit bawang besar yang dipotong dadu sehingga wangi. Masukkan daging kisar dan biarkan daging garing sambil dikacau sekali sekala. Masukkan Italian herbs.
Setelah daging garing dan agak kering airnya, masukkan tomato yang dipotong dadu, dan kacau lagi sehingga tomato masak dan hancur. Masukkan tomato yang dikisar dan tomato puree dalam tin. Masukkan garam, gula. Biar mendidih. Sekiranya terlalu pekat, boleh masukkan sedikit demi sedikit air rebusan spaghetti kedalam kuah. Penggunaan air rebusan spaghetti boleh memekatkan kuah.
Biar kuah mendidih selama lebih kurang 20-30 minute pada api sederhana untuk mengeluarkan rasa tomato dan herba supaya lebih sedap dan wangi. Kuah yang elok masaknya akan kemerahan. Merenih lama juga boleh memekatkan kuah sekiranya kuah terlebih cair.
Akhir sekali, bila kuah nampak pekat dan cantik masukkan fresh milk, parmesan cheese, lada benggala, parsley dan lebihan bawang besar dadu. Biar masak seketika dan tutup api.
Cara menghidang :
Dalam mangkuk besar, masukkan seberapa banyak spaghetti yang hendak dihidangkan, masukkan kuah yang masih panas secukupnya dan digaul sehingga rata. biarkan seketika supaya spaghetti menyerap kuah. Hidangkan dalam pinggan dan tabur serbuk parmesan cheese dan hias dengan daun parsley. Boleh panaskan semula kuah untuk hidangan seterusnya.
22 Comments
sedappnyeee.. nak try lahhh...since haritu beli spagetti kat secret recipy mcm x puas plak nak makan..=)
ReplyDeleteyoorin jom kita buat tgk jd dak
Deleteselamat mencuba resepi
Deletehaiyo besnya spageti guna kuah sendiri kan. sng ejas rasa apa semua hehe
ReplyDeleteair tangan sendiri mesti sedap sambil2 berzikir
Deleteorang pandai masak..sedap le hasilnya..
Deletekalau saya le,. hurmmmmm masalah masalah..
sedap nyer...nak try buat la nt.... :)
ReplyDeleteselamat mencuba
Deletedulu ada sorang ajar saya buat spagetti ni tapi sampai la ni tak pandai2 jugak... saya kurang suka rasa masam jadi saya modified jadi mee sambal pulak... fail terus
ReplyDeletehahahaha teruskan mencuba.. usaha tangga kejayaan
DeleteYa Allah kak tgk picture yg akak snap ni pn terliur.. Huhuhu..
ReplyDeletememang buat orang terliur
DeleteBiasa eita pakai dah siap...ni eny pakai tomato purrie...kena cuba ni...tq any...
ReplyDeleteselamat mencuba
Deletetak pernah try buat lg pernah makan ja..
ReplyDeletehahaha.. kena cubalah ana
Deletesedapp sos nye..
ReplyDeletebetul tu.. sedap nih
Deletesedapnya
ReplyDeletetekak orang melayu dah biasa dengan mee kuning
ReplyDeletekat johor spaghetti nih buat masak laksa
ReplyDeletetangan kak Eny ni magic tau, buat apa pun nampak menjadi dan sedap :D
ReplyDelete