Selalu makan yang ada letak gula merah atau pandan. Yang ni lain sikit. Saja nak buat sebab comel je :D
Resepi Kuih Lompang - Resepi asal dari SINI
Bahan-bahan :
2 1/2 cawan Tepung Beras
1/2 cawan Tepung Sagu
1 cawan Gula
1 sth Air Mawar
4 cawan Air (2 cawan campur dgn Tepung / 2 cawan masak dgn gula)
Daun Pandan
Cara-cara :
Satukan Tepung Beras & Tepung Sagu.
Lalu, gaulkan bersama 2 cawan air. ketepikan.
Masak gula bersama 2 cawan air dan daun pandan hingga mendidih.
Tuangkan air gula kedalam adunan tepung dan gaul rata. Tapiskan.
Masukkan sedikit Air Mawar. Gaul rata. Asingkan kepada 2-3 mangkuk. Lalu warnakan dengan warna kegemaran anda.
Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5min.
Lalu tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20min.
Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan. Selamat mencuba..
20 Comments
Ceria tengok kuih lompang tu... My feveret tu ^-^
ReplyDeletefeveret saya juga
Deletenampak sedap warna-warni tapi saya tak minat sangat kuih ni =P
ReplyDeletesaya minat kuih nih
DeleteAssalam Eny..terima kasih kerana sudi follow blog sis JM so i'm follow u back :-) #166
ReplyDeleteKuih lompang..suka sgt kuih ni tapi tak tahu caranya..nampak nya boleh refer sini
selamat mencuba
Deletesedapnyaaa . lama tak makan :) singgah malam , done follow ;) http://ijahoney.blogspot.com/
ReplyDeletememang sedap nih
Deleterajinnya lah Eny buh kaler-kaler ni, kreatif sungguh :)
ReplyDeleteeny memang sangat rajin
Deletealololo...comelnyerrrr...sayang nk makan...hihihihi
ReplyDeletengap masuk mulut satu kali.. setel
DeleteTak pernah dengar and tak pernah rasa kuih ni. Macam sedap.
ReplyDeleteBoleh cuba nanti. TQ Kak Eny! :)
memang sedap.. cubalah.. hehehehe
Deletealahai kak eny..
ReplyDeleteceria betul kuih lompang kak eny ni.. :)
sayang nak mkn.. hehe
ngap aje.. sedap.. hik hik hik
Deletewah..kuih lompang pelangi..warna warni kuih lompang...dah lama nak try wat kuih ni
ReplyDeletesis nak request resepi satu kuih ni. tapi alahai sy tak ingat nama. die bulat2 leper kaler hijau, pastu salut dgn kelapa parut. cicah dalam air gula yg coklat hitam2 tu. :D
ReplyDeleteComelnya kuih lompang akak! Dah lama kita tak makan.. mak rajin masak kuih ni.. err mak je yang rajin, kita tak :P
ReplyDeleteHanis, Kuih Lopes kot... yg hijau tu dari pulut ke? :D
ReplyDelete