Di Kedah memang banyak gerai Laksa. Laksa yang popular di Kedah adalah Laksa Teluk Kechai yang terletak di Jalan Kuala Kedah. Keistimewaan adalah terletak pada laksa beras homemade dan sambal kelapa yang digandingkan bersama laksa tu.
Tapi sebab saya kurang gemar laksa Teluk Kechai ni, saya cuma order laksam. Sedap juga!. Laksam kat Kedah ni memang kuah dia merah dan tak putih. Tak macam laksam original dari kelantan. Mungkin kerana pengunaan cili kering di dalam kuah tu.
Mak saya peminat no. 1 Laksa Teluk Kechai. Haruslah dia order laksa! Yang kuning tu lah sambal kelapa.
Laksam
Telur kira asing, kena minta telur rebus. Nanti diorang hantar sepiring. Sebiji 50 sen. Kalau rasa mahal, sila bawa sendiri dari rumah hehehe..
Ini lah pulut sambal. Sambal tu sebenarnya serunding ikan. Sedap sangat!. Kalau berani cubalah masukkan dalam kuah laksa dan makan sekali. Tapi saya tak lalu, saya makan terus macam ni je hehehe.. makan pula berbiji-biji heheh..
Dan teh ais disini memang terbaik!!!
Selain laksa, ada jual satay, cendol, ais kacang dan banyak lagi. Harga pun murah. Jumlah perbelanjaan semua sekali untuk 3 orang makan baru RM21.
16 Comments
Nampak sedap..murah pun murah
ReplyDeletenampak memang sedap nih
Deleteadoiiii terlioq kaknoor ni eny, lama tak makan laksa teluk kechai, hari tu balik tak sempat nak pi pekena, mai nak slurppp sekali hehehe
ReplyDeletesangat buat orang terliur
Deleteberdasarkan dari gambar yg cantik kemain tu... saya menduga (dengan minda bawah sedar) bahawa laksa tu sedap tahap gaban... kalau saya lapar maka ranking dia naik 5 tingkat yer...
ReplyDeletesaya tengah lapar nih.. saya bagi markah penuh
Deletenampak sedap betul pulut sambal tu..
ReplyDeletebetul tu.. nampak sungguh sedap
Deletelaksam tu kira versi kedah vs kelantan lah kan, kuah kedah isi kelantan hehe..pulut serunding tu agak rare nak jumpa kat sini Eny :)
ReplyDeletekat kluang pulut panggang banyaklah.. pulut serunding macam takde
DeleteMalaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan ...
ReplyDeletesangat kaya
DeleteNampak sedap.. lagipun tiap negeri memang lain2 jenis laksa kan.. bagi kita kira murah la harga2 ni.. kalau kat KL, terpaksa buat2 kenyang sebab harga mahai T_T
ReplyDeletenak kenyang buat sendiri.. banyak dapat.. hehehe
Deletealamak!!! terliurnya.. tolong share location kat whatsappp!! huhu
ReplyDeleteOwwhh....ada sambal kelapa pulak yea... tapi bila telur rebus dijual berasingan tu dah jadi mahal pulak rasanya....tapi sesekali nak rasa okey la kan
ReplyDelete