Sayur Keladi atau asam rebus keladi. Orang utara panggil Sayuq Keladi hehe
Kebetulan pergi pasar hari jumaat lepas jumpa keladi yang fresh, siap dengan batang dan ubi keladi sekali. Keladi ni kalau di Kedah memang masak macam ni je. Apa yang sedap lagi ya kalau nak masak keladi ni? Kalau ada resepi boleh share ye!
Resepi ni mak yang masak kan. Jadi semua bahan agak-agak je. Pandai-pandai lah adjust hehehe..
Resepi Sayur Keladi
Bahan-bahan :
3 batang keladi dan ubi nya sekali. - direbus asing batang keladi dan ubinya. Rebus sehingga lembut dan empuk. Buang airnya dan tos dan bilas 2-3 kali.
3 ekor ikan kembung rebus -ambil isi sahaja
2 batang serai
Daun kesom
2-3 keping asam keping
Air secukupnya
Bahan tumbuk / kisar :
8-10 tangkai Cili kering rebus
2 inci Kunyit hidup
4 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
2 inci halia
Cara-cara :
Dalam periuk, masukkan bahan tumbuk, air, isi ikan, serai, daun kesom dan asam keping. Rebus seketika sehingga cili tu masak.
Masukkan keladi dan ubi keladi yang sudah direbus. Masak seketika sehingga mendidih dan siap!

22 Comments
Lapar. Mencabar betul kalau masuk dalam blog ni ya. Haha
ReplyDeleteMemang pojie.. Menggiurkn..
Deleteberkunjung kat blog nih memang confirm lapar
Deletetau takpe, kena standby makanan siap2 bila singgah blog kak Eny, hehe..
Deletewow..terliur SA tgok...tp tu la x leh makan keladi...SA semput...
ReplyDeletesangat buat orang terliur
Deletelama nya takmakan sayoq keladi ni sedapppp
ReplyDeletesangat sedap
Deleteaduhhh.. memang sedap tu sis...
ReplyDeletelama tak jumpa gulai asam keladi ni.. kalau salah2 boleh gatal lidah... hehehehehe... :)
gatal pun gatallah.. asalkan sedap balun aje
Deleteni batang keladi ni klu d tempat akak panggil buntui..hihihi...tp akak tak berapa gemar mkn makanan ni...
ReplyDeletesaya suka sayur keladi.. kalau masak lemak lagilah saya suka.. tambah lagi siput.. perghhhh
Deleteselalu sy paggil asam pedas keladi..tapi saya xleh mkn keladi..mak suka la ni..
ReplyDeletesaya suka sayur keladi
DeleteUii Eny, hat ni paling lama tak makan dah, kalau dapat ni memang the best lah :)
ReplyDeletesangat best
Deleterasanya paling terakhir pun makan pengat keladi.. sayur keladi lama dah tak makan :)
DeleteUisss...suka sangat.
ReplyDeleteLebih2 tang ubi dia.
kalau mak mertua saya ubinya dibusukkan baru dia masak.. sedap katanya
Deletemakanan popular kat utara ni
ReplyDeletekat selatan pun popular jugak hehehehe
DeleteKita tak pernah cuba macam ni, kalau celur keladi + buat kuah santan tu pernah jugak merasa.. mungkin sebab kita bukan orang utara jadi kalau nak merasa masakan2 dari sana agak terhad sikit.. baidewei i lap keladi :D
ReplyDelete