Terbeli ketam segar di Kuala Kedah... eh terbeli apanya, memang nak cari ketam pun cuma terbeli banyak hehehe... Ketam ni kalau fresh macam ni saya prefer dibuat sup atau kukus memang sedap. Nak makan pun senang tangan tak berminyak sangat berbanding dibuat masak cili. Terpulang citarasa masing-masing kan. Sebab saya sukakan rasa asli ketam segar tu.
Resepi Sup Ketam Simple
Simple je sup ketam ni. Bahan pun tak banyak.
Resepi Sup Ketam Simple
Bahan-bahan :
4 ekor ketam
5 ulas bawnag merah - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - diketuk
Sedikit halia cincang
Daun sup dan daun bawang
Sedikit minyak
Air secukupnya
Sedikit perasa maggi Secukup Rasa - kalau tak nak pun takpe
1 sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa
Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang dan halia sehingga wangi, masukkan air dan ketam, lada sulah, serbuk perasa Maggi dan garam. Rebus sehingga ketam masak. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang yang dipotong, dan siap!!
16 Comments
Dap dap dapppp! Ni kalau makan ni dah tak fikir orang lain dah!
ReplyDeletebetul tu.. makan dengan tekun.. memang tak fikir orang lain dah
DeletePandai masak! Sup ketam pernah cuba...
ReplyDeleteTapi saya tak leh nak makan ketam... aduhhh...
ketam sup ni baguih untuk orang demam
DeleteMak aihhh. Menarik. Terliur sebentar tengok gambar ketam tu.
ReplyDeletegambar ketam tu memang buat orang lapar
Deletenampak macam banyak pulak isi ketam.. sebb skrg kan musim tengkujuh.. ada ketam yg xde isi langsung..
ReplyDeleteisi ketam banyak sebab bulan tak penuh(gelap).. anak ikan(makanan ketam) yang bermain di permukaan air tidak sedar kehadiran pemangsa(ketam)..
DeleteSebab tu ketam nih banyak isinya
ada juga yg mengatakan sup ketam sesuai untuk meredakan demam denggi, kak ana tak pasti ttg kebenarannya Eny :)
ReplyDeletedemam denggi kena minum air dengan banyak.. minum sup antaranya tak kiralah ketam ke atau ayam.. asalkan masak dengan banyak air.. yang penting bukan isinya tapi airnya .. hehehe
Deleteterbeli banyak..kikiki...boleh pelbagaikan masakan ketam...bestnya
ReplyDeletelauk sedap hari-hari
DeleteEny...nak sepit ketam tu leh tak...geram tgk...hehehehe
ReplyDeletekalau boleh bagi.. saya pun nak juga
DeleteI loike ketam! Tapi tiap kali makan mesti bibir bengkak, klon enjelina joli :P
ReplyDeletesaya like juga
Delete