Buat Sendiri Ikan Rebus


Ikan rebus ni memang agak popular kat negeri Perak. Selalu ke sana tak berkesempatan nak beli ikan rebus. Maklumlah ada jual pun kat pasar pagi je dan bukan hari-hari ada pasar pagi. Kalau berkesempatan je dapat ikut mak mentua ke pasar pagi Parit. Dulu ada nampak ada jual ikan rebus besar-besar dan sememangnya harga nya sangat mahal. Lagi mahal dari ikan fresh hehehe. Ni saya buat sendiri ikan rebus.

Actually tak susah mana pun nak buat ikan rebus ni. Cuma rebus dengan asam dan garam kasar. Lepas rebus, kaup ikan ke dalam tapisan dan keringkan airnya. Kemudian biar seketika di atas meja kena angin atau udara supaya kulit dia keras sikit barulah tak hancur nak pegang. Kemudian boleh la dimasukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.

Kalau orang dulu-dulu buat ikan rebus ni pun sebab masa dulu manalah ada peti sejuk, sebab tu ikan tu direbus dengan asam dan garam untuk mengelakkan ikan rosak dan berbau... rasanyalah kan hehe..

Antara menu yang boleh dimasak dengan ikan rebus ni ialah, Kari, Gulai Lemak atau sekadar digoreng sahaja. Di Perak juga pernah jumpa kedai yang ada menu Nasi Goreng Ikan Rebus. Macam nasi goreng kampung biasa tapi ada ikan rebus goreng dihidangkan sekali bersama sambal belacan. Sedap!

Ikan diletak asam dan garam. Kuantiti garam tu lebihkan sikit jika nak simpan lama. Asa boleh pakai asam keping atau asam jawa. Seeloknya pakai garam kasar yang dijual timbang kat kedai.
   P2260696ed

P2260694ed

P2260693ed

Post a Comment

8 Comments

  1. Nfuyoooo ouh kat perah je aehhh rasa cmnaa.. poslajuuuuu please hihi

    ReplyDelete
  2. miya paling suka ikan rebus...
    mak selalu je buat ikan rebus...memang everyweek ada...

    ReplyDelete
  3. betul eny ikan rebus memang sedap,kak ana selalunya goreng panas-panas,eny guna ikan sardin ke tu? kak ana suka ikan pelaling,lemak.

    ReplyDelete
  4. salam... wah terer lah buat sendiri ikan rebus :)

    ReplyDelete
  5. nasi goreng ikan rebus tu favourite ayah saya kalau makan kedai :) selalu jugak la ambik2 sikit ikan goreng dia. hehe

    ReplyDelete
  6. macam ikan lengat kedah tu kah Eny?? kaknoor kalau buat ni lepas di rebus di goreng lagi hahaa

    ReplyDelete
  7. jarang makan ikan rebus...sedap eh?

    ReplyDelete
  8. Mmg sedap giler..saya mmg asl dr perak..mknan pling sedap, ikan rebus nie la..saya suke mkn ngn nasi kosong,ikan rebus goreng, smbal belacan, ulam, telo mata..perrrggghhh...tu pun dh cukup, biler sya dh dok jb sbb bkwin, rupe ikan rebus tu lgsung sya x nmpk..mmg rindu giler..pling sedap, nasi goreng ikan rebus..tp kne cri btoi2 sedap tau..

    ReplyDelete