Bubur Pulut Hitam


Buat bubur pulut hitam lagi. Hehehe..
Saya suka betul dengan aroma pulut hitam ni bila direbus dan dimasak.

P1241573ed


Resepi Bubur Pulut Hitam

Bahan-bahan :
1 Cawan Pulut Hitam - rendam dulu selama beberapa jam1 kotak santan Kara
Sedikit sagu
Gula secukupnya
Daun pandan

Cara-cara :
Rebus pulut hitam sehingga lembut dan kembang dengan daun pandan.
Bila dah lembut masukkan gula ikut manis yang dikehendaki. Masukkan juga sagu.
Masak lagi sehingga gula larut dan sagu kembang dan kuah jadi pekat sedikit.

Santan Kara dilarut dengan sedikit air sehingga sedikit cair. Masukkan sedikit garam dan masak sekejap tetapi jangan sampai pecah santan.

Bila nak makan, masukkan bubur pulut hitam dan tuang santan diatasnya.


Post a Comment

5 Comments

  1. santan Kara? ada beza dgn santan lain ek?

    ReplyDelete
  2. Hanis, santan Kara tu santan kotak jenama Kara hehehe..
    Kalau santan kotak ni jenama Kara je bagi akak yg bagus dan ada lah rasa santan mcm santan asli.
    Nak pakai santan asli tak sempat nak ke pasar pagi pula heheh..

    ReplyDelete
  3. Simple je nak buat ni tapi tahap kemalasan ni buat benda ni macam susah nak buat. Ahaa

    ReplyDelete
  4. aduh sedapnya.. nak sikit

    ReplyDelete
  5. Nape nampak lain dari biasa..lebih selera:)

    ReplyDelete