Kari Kepala Ikan Dalam Kuali

Hehehe, kenapa masak dalam kuali??
Kalau masak ikan bersaiz besar ni dan mudah hancur, boleh la masak dalam kuali yang selalu kita guna untuk goreng mee tu. Senang nak kacau ikan tu dan ikan tak lah pecah pecah isinya. Kalau kepala ikan ni suka isi bahagian pipi atau bahagian bawah mata tu.. hehehe

P2060114ed

Masak Kari Kepala Ikan ni tak susah mana pun. Kalau bahan dan pakai rempah yang sesuai, sedap kari tu. Kalau masak kari kepala ikan ni pakai santan serbuk pun dah memadai sebab kurang berlemak sangat berbanding santan fresh atau santan kotak. Kuah mesti pekat, jadi rempah tu kena lebih kan sedikit. Kalau di Utara, rempah Cap O ni memang kebiasaan digunakan untuk masak kari. Rasa dia lebih sedap sebab rempah ni keluaran bumiputera. Tak seperti rempah india yang adakalanya baunya terlalu kuat dan ada yang tak berapa suka kari dengan bau rempah yang kuat. Rempah Cap O ni rasanya menepati citarasa penggemar kari melayu heheh.. Lupa pula nak ambil gambar bungkus rempah tu hehe. Tak pasti di negeri lain ada jual tak Rempah Cap O ni.

 Kena tumis rempah tu lama-lama sehingga wangi dan betul-betul masak.

20150206_115902ed


Ok lah jom tengok resepi Kari Kepala Ikan simple ni.

Resepi Kari Kepala Ikan

Bahan-bahan :
1 Kepala ikan bersaiz besar dan isi ikan secukupnya - bersihkan dan rendam dalam air  dicampur dengan 2 biji perahan limau kasturi bersama kulitnya  sekali.
1/2 cawan air asam jawa
2 bungkus rempah kari ikan Cap O
1 bungkus rempah kari daging Cap O
1 camca besar cili kisar (kalau nak pedas boleh tambah)
1 paket serbuk santan jenama MNS – campur dengan 300-400ml air, kacau sebati
2 tangkai daun kari, dilurut
1 sudu besar campuran halba, biji sawi dan jintan manis
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan tumbuk/kisar : (lepas tumbuk bahagi kepada 2 bahagian untuk tumis dan campur dalam rempah)
5-6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara-cara :
Bancuh rempah kari ikan dan rempah kari daging dengan sedikit air, masukkan separuh dari bahan tumbuk kedalam campuran rempah.

20150206_112404ed

Panaskan minyak didalam kuali, tumis baki separuh bahan tumbuk sehingga wangi bersama daun kari dan campuran halba dan biji sawi

Masukkan bancuhan rempah dan bawang tadi. Masukkan juga cili kisar. Tumis sehingga rempah naik minyak dan garing.

20150206_114038ed

Masukkan air asam jawa dan santan. Tambah air jika kuah terlalu pekat.

20150206_114529ed

Masak sehingga kuah mendidih dan barulah masukkan ikan dan tomato atau bendi.  Didihkan lagi seketika sehingga ikan masak sepenuhnya.

20150206_115127ed

Post a Comment

9 Comments

  1. sedapnya kepala yg tergolek tu Eny, kaknoor pun kalau balik kampong mmg tak lepas peluang beli rempah O banyak2 bawa balik Brunei sbb kat sini mmg takda, sbb O kalau buat kari kah, dalca kah nooo

    ReplyDelete
  2. Menu kita samlah hari ni kak eny ^^

    ReplyDelete
  3. Ingatkan kepala dalam kuali... Kepala sape? Rupanya SS salah baca... Iskkksss...

    ReplyDelete
  4. Sedap nye.. yumm yumm.. tq sebab share resipi

    ReplyDelete
  5. waa lazat nih...hehe..nice pic ...btw, visit and follow me on shukranzahari.blogspot.com ...Happy blogging

    ReplyDelete
  6. sedap.. sedap.. sedap..

    ReplyDelete
  7. Sungguh menambat selera! Sedapnya makan dengan nasi/roti canai panas-panas :)

    ReplyDelete
  8. ya allah...x leh tgok lama2 la...menjejes air liur ni ha...

    ReplyDelete
  9. aduiyaaiii...kari....sedapnyer...sy cair klaau tgk kari...sedappnyeee...hihihih

    ReplyDelete