Keropok Ubi Teluk Intan

Dulu-dulu panggil papadom sebab tak tahu namanya. Sekarang dah tahu rupanya orang panggil keropok ubi. Tapi tetap nak panggil Papadom, tambah ubi di belakang jadi Papadom Ubi. Adehh.... Sabar je laah. :D

Kalau ke Telok Intan, masuk ke jalan jalan kampung pasti akan nampak barisan keropok bulat besar tergantung di depan kedai. Cubalah beli dan rasa produk istimewa dari penduduk Teluk Intan. Harganya cuma RM5 sebungkus (ada 2 keping). Itu pun jenuh nak habis sebab besar sangat. Ada perisa cili dan lemak manis. Nak buat makan dengan nasi pun boleh, mcm keropok ikan dan papadom hehehe....

DSC00394ed

Selain keropok ubi, ada jual keropok yang berwarna merah tu, keropok palembang kalau tak salah dan pelbagai hasil kampung mcm telur itik dan tapai ubi.

DSC04518ed

Post a Comment

4 Comments