Mee Sup Utara yang Sempoi Habis!

Apa beza mee/bihun sup utara ni dengan mee/bihun sup lain? heheh rasanya mungkin sebab mee sup utara ni dihidangkan dengan sambal cili manakala kalau dinegeri lain selalunya dihidangkan dengan sambal kicap. Selalunya sambal cili dibuat dengan serbuk cili halus yang ditumis dengan sedikit minyak. Tapi saya suka buat sendiri sambal cili menggunakan cili kering yang dicampur cili padi. Memang sedap makan dengan sup begitu sahaja atau mee sup ni. Sambal ni juga sesuai dibuat sambal untuk nasi ayam.

Mee Sup saya buat kali ni simple je. Tak payah letak banyak bahan-bahan pun sebab yang sedapnya ialah kat sambal cili tu hehehe...


P2120353ed P2120335ed P2120375ed

Resepi Mee Sup Bersama Sambal Cili

Bahan-bahan Sup Ayam
½ ekor ayam – potong besar-besar
1 bunjut sup
1 Bawang besar – dibelah 4
3 ulas bawang putih – diketuk
2 batang celery – dipotong nipis
3 inci halia dihiris nipis
Bebola ikan / kek ikan
Air secukupnya
Daun sup

Cara-cara :
Rebus ayam dengan semua bahan kecuali bebola ikan. Rebus sehingga isi ayam masak. Keluarkan ayam dan pisahkan isi dari tulang. Rebus semula tulang tadi sehingga sup betul betul beraroma. Isi ayam tadi pula disiat siat atau ditarik tarik.

Selalunya saya rebus sehingga bahan-bahan seperti bawang, dan celery tu dah nak hancur baru sedap hehehe.

Akhir sekali masukkan bebola ikan dan siap!

Bahan-bahan Sambal Cili :
7-8 tangkai cili kering – direbus
10 biji cilipadi merah
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
2-3 inci halia
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit cuka
Sedikit minyak untuk tumis – dalam 2-3sudu besar

Cara-cara :
Kisar cili kering rebus, cili padi, bawang besar, bawang putih dan halia dengan sedikit sahaja air.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak, kering dan garing. Angkat dan biar sehingga sejuk sedikit. Masukkan garam dan gula serta tuang sedikit cuka dan kacau rata. Lebihkan sedikit gula jika nak rasa sedikit manis. Sambal ni juga sesuai dibuat sambal untuk nasi ayam cuma lebihkan sedikit halia dan bawang putihnya. Kalau alah pada cuka boleh gantikan dengan perahan limau

Cara Hidang : Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan mee kuning dan biarkan mendidih sekali lagi. Terus tapis dan basuh mee dibawah paip air untuk hilangkan minyak, garam dan rasa kapurnya.

Masukkan mee dalam mangkuk, masukkan isi ayam yang telah disiat dan masukkan kuah ke dalam mangkuk tadi. Tabur daun bawang / daun sup dan letak sambal cili diatasnya.






Post a Comment

10 Comments

  1. tengah puasa ni.. terliur pulak..

    ReplyDelete
  2. walaupun ai org utara, ttap pilih sambal kicap.. hehe

    ReplyDelete
  3. Oh sambal dia tu special Eny sebab kalau di JB ni sup biasa padanannya kicap cili
    Lain kali boleh kakak cuba versi ini:)

    ReplyDelete
  4. Tak pernah cuba mee sup utara. Tapi nampak apa yang Kak Eny buat ni pun dah terliur. Confirm sedap and cara nak buat pun simple je.

    ReplyDelete
  5. Amboiii sedapnya...
    Itu je beza die.. Baru tau..
    Rase cam nak buat jugak cuti ni..
    Tapi, macam nak plan pi jalan2 jauh.

    ReplyDelete
  6. Menarik gak... Zumal tak biasa makan mee sup, selalu beli bihun sup jew ^-^

    ReplyDelete
  7. ohh tidak.. terliur mlm2 ni. waktu study dekat utara dulu, one of my fav menu, mihun sup. been everywhere tp x jumpa lagi sup mcm yang sy mkn wktu study dulu. sbb tu acara tahunan asyik ke utara dari sabah. hahah. kerja gila. makanan punya pasal. heavennn. selama ni ingatkan sup tu jenis sup utara tp nmpknya sy silap sbb xsama. huhu.. maybe sup siam, sbb gerai2 siam X)

    ReplyDelete
  8. sedapnya.. huhuhu.. tapi kalau sambal kicap lagi bertambak kicknya

    ReplyDelete